Bagaimana Leukemia (Kanser Darah) boleh terjadi dan dirawat

Rabu, November 16, 2016 Mie Normi 0 Comments






Assalammualaikum ...

Hari nie Mie tertarik nak berkongsi mengenai Leukemia( Kanser Darah), itu pun sebab baru saja ziarah anak sahabat yang terkena penyakit Kanser Darah nie. Mudah-mudahan kedua ibu bapanya tabah menghadapi ujian ini.

Disini Mie nak kongsi apa yang sebenarnya penyakit Kanser Darah nie atau lebih dikenali dengan penyakit Leukemia. Hasil rujukan dari sumber yang sahih iaitu web myhealth 

Ketahui lebih lanjut apakah itu leukemia, bagaimana ia terjadi, komplikasi yang terjadi dan apakah rawatan yang akan di lakukan kepada pesakit. Ingat ye tanda-tanda leukemia perlu juga anda ambil tahu.


Leukemia (Kanser Darah)


Apakah itu leukemia?

Leukemia adalah sejenis kanser darah yang terjadi dari sum-sum tulang. Sum-sum tulang adalah merupakan satu organ yang menghasilkan darah yang terdapat di dalam kesemua tulang dalam tubuh badan manusia. 

Sel-sel leukemia merupakan sel kanser yang luar biasa dan ia berupaya membiak dengan cepat serta hidup lebih lama bebanding sel-sel darah yang normal. 

Tahukah anda bahawa sel-sel leukemia ini mampu menghapuskan fungsi sum-sum tulang dan ia juga menghalang penghasilan sel-sel darah yang normal.

Leukemia ini terdiri dari pelbagai jenis dan anda juga perlu ketahui jenis leukemia yang dihadapi, ini adalah kerana cara rawatan dan peluang untuk sembuh adalah berbeza mengikut jenis
Terdapat 2 jenis leukemia yang utama iaitu :

1. “Acute Leukaemia” 
2. “Chronic Leukaemia”.

Kedua-dua jenis leukemia ini adalah berbeza dari segi kematangan dan kepantasan sel-sel kanser itu membiak dalam tubuh.

“Acute Leukaemia” adalah sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pantas jika hendak dibandingkan dengan “Chronic Leukaemia” yang terdiri daripada sel kanser yang matang dan membiak dengan perlahan.
Setiap jenis leukemia ini pula dibahagikan kepada dua bentuk utama bergantung kepada sel darah asal dimana leukemia ini mula terjadi iaitu dari jenis “myeloid” atau “lymphoid”. Dengan ini terdapat 4 kumpulan penyakit leukemia yang utama iaitu ;
·         Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL)
·         Chronic Lymphocytic Leukaemia (CLL)
·         Acute Myeloid Leukaemia (AML)
·         Chronic Myeloid Leukaemia (CML)

Apakah yang menyebabkan terjadinya leukemia?
Adalah diketahui bahawa leukemia boleh terjadi apabila berlaku kerosakan yang penting dalam bahan genetik sel itu. Kebiasaannya punca kerosakan itu tidak dapat dikenalpasti tetapi kesannya dapat dilihat dengan jelas menggunakan teknologi yang canggih.
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit leukemia. Contohnya;
·         Pendedahan kepada radiasi
·         Pendedahan kepada ubat “chemotherapy” pada masa yang lampau
·         Pendedahan kepada bahan kimia tertentu contohnya benzene
·         Dilahirkan dengan penyakit genetik tertentu

Tanda-Tanda Penyakit Leukemia
Tanda-tanda penyakit leukemia berpunca dari kegagalan sum-sum tulang menghasilkan sel-sel darah yang normal. 

1.  Keletihan (disebabkan kekurangan darah merah)
2. Lebam-lebam atau tanda-tanda pendarahan disebabkan kekurangan sel darah platelet 
3.  Demam yang berpanjangan. 
4.  Kekurangan selera makan 
5.  Turun berat badan yang ketara 
6.  Kesakitan dalam tulang dan sendi.

Komplikasi
Leukemia yang tidak dirawat akan menyebabkan pendarahan yang serius,  seperti pendarahan dalam otak atau jangkitan yang serius seperti jangkitan bakteria dan kulat. 
Disamping itu, kesesakan nafas dan kesakitan dada boleh juga berlaku akibat kekurangan sel darah merah. Kebiasaannya penyakit “Acute Leukaemia” yang tidak dirawat akan membawa maut dalam masa yang singkat.
Penyakit leukemia adalah tidak berjangkit dan tidak diwarisi.

Rawatan
Pada hari ini, penyakit leukemia dapat dirawat dengan baik sekiranya tindakan awal diambil. Rawatan pula adalah berbeza bergantung kepada jenis leukemia. Penyakit leukemia yang akut memerlukan rawatan “chemotherapy” yang intensif dan dalam kes-kes tertentu pemindahan sum-sum tulang. 

Tujuan rawatan adalah untuk menghapuskan sel-sel leukemia dan membenarkan sel-sel darah yang normal pulih kembali. Dalam kes-kes yang berisiko tinggi untuk berulang, rawatan pemindahan sum-sum tulang adalah disyorkan. Dengan rawatan moden, penyakit leukemia mampu disembuhkan.
Penyakit “Chronic Leukaemia” pula biasanya boleh dikawal dengan mengambil ubat. Contohnya penyakit “Chronic Myeloid Leukaemia” (CML) boleh dikawal dengan amat memuaskan dengan menggunakan sejenis ubat yang dinamakan “Tyrosine Kinase Inhibitor”. 

Kini, pesakit CML mampu hidup dengan normal tanpa apa-apa tanda penyakit untuk jangka masa yang amat lama. 

Hasil pemeriksaan jenis-jenis penyakit Leukemia dan juga pemeriksaan sum-sum tulang yang dijalankan seperti di bawah :
Normal

Acute Lymphoblastic Leukaemia
Acute Myeloid Leukaemia

Chronic Lymphocytic Leukaemia
Chronic Myeloid Leukaemia

Pemeriksaan sum sum tulang

Selain itu juga, Leukemia boleh juga dirawat dengan vivix dan nutriferon. Sel-sel kanser yang merebak di dalam badan dapat dikawal dan dirawat dengan pengambilan vivix dan nutriferon shaklee

Bagaimana Nutriferon boleh membantu??

Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari – Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon ini mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag.

Melawan Kanser & Tumor – Interferon semulajadi mengandungi poliksakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglubalin melawan sel-sel tumor dan kanser. 

Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.


Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Sel-sel yang ada akan menjadi lebih sihat.


Bagaimana pula Vivix boleh membantu pesakit kanser?

Bahan-Bahan dalam VIVIX seperti resveratrol bertindak memperbaiki seawal peringkat DNA lagi. Sebab itulah, VIVIX mampu membantu pesakit kanser.


Dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain.


Dapat membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan lebih baik dan peluang sembuh dengan lebih baik.


Dapat meningkatkan sistem imun / ketahanan badan bagi membolehkan anda melawan kanser.


Mie : 010.364948


0 ulasan: