Dilema ibu menyusu bila stok susu tidak cukup selesai selepas 2 minggu

Rabu, Oktober 26, 2016 Mie Normi 0 Comments


Assalammualaikum...

Salam sayang semua, hari nie dah 7 bulan Mie lalui tempoh sebagai ibu menyusu. Bukan senang tau nak buat stok susu, tambahan pulak Mie masih lagi bekerja, pengurusan masa sangatlah penting. 

Sebagai Ibu Menyusu saat yang paling sukar kita akan lalui adalah menghasilkan stok susu. Semua orang akan lalui benda yang sama, bagi ibu yang bekerja pula anda harus pastikan jadual pam susu anda tidak akan terganggu dek kerana kesibukan kerja.

Ingat ye ibu-ibu sekalian, jangan stress ye sebab stress akan mempengaruhi penghasilan susu.

Jom kita tengok apa kata wanita ini setelah dia hadapi dilema bila mana hanya 2oz sahaja susu yang terhasil setiap satu sesi mengepam dan akhirnya masalah beliau selesai apabila susu bertambah kepada 7oz-10oz setiap kali sesi mengepam. Apa rahsianya??

*** Jom tonton ***



Dah tengokkan, rupa-rupanya supplemen yang diamalkan ibu ini, kesannya seawal 2 minggu sahaja...

Set Penyusuan Shaklee yang diamalkan adalah : 

VITALEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON
Untuk memastikan keperluan vitamin dan galian harian dipenuhi. Pada masa kini, pengambilan makanan seharian tidak dapat memenuhi keperluan zat dan vitamin yang diperlukan tubuh. Apa uniknya Vitalea Shaklee ini? Ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

B-COMPLEX
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus dan emosi lebih stabil. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

VITAMIN C
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh.

ALFALFA
Si Raja Herba, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.Meningkatkan khasiat dalam susu ibu kerana Alfalfa mempunyai 1001 khasiat . Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih berlemak.

OSTEMATRIX/KALSIUM

Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari simpanan tubuh ibu.
Jika kalsium ini tidak digantikan maka ibu akan mengalami risiko osteoporosis, sakit kaki dan belakang, mudah letih dan lesu. Sesetengah ibu akan mengalami kerunduman susu semasa haid, dan ini adalah kerana ibu kekurangan kalsium.

ESP – SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Protein juga diperlukan untuk membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Pengambilan ESP dapat memekatkan susu ibu. Selain itu dapat membantu menahan rasa lapar kerana ibu menyusu akan kerap berasa lapar dan memberi tenaga berterusan. 

0 ulasan: