Kanser Pangkal Rahim Boleh Dirawat dan Dikawal
Apa dia pangkal rahim?
Pangkal rahim adalah
bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai
ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim
dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.
Apakah jenis kanser
pangkal rahim?
Keabnormalan sel
pangkal rahim sebelum menjadi kanser
Atypia – merujuk kepada
sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan
pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan
ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan
supaya mengulangi ujian “pap smear” dalam masa enam bulan lagi untuk melihat
samada perubahan sel atipikal tiada.
Dysplasia – sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim.
Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous
Intraepithelial Lesion (SIL).
Terdapat dua jenis
utama barah pangkal rahim iaitu
Squamous cell carcinoma ~ Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya
bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.
Adenocarcinoma ~ Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula
dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan
kepada microinvasive atau invasive.
Apa faktor risiko
kanser pangkal rahim?
Risiko kebarangkalian
seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko
yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal
seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan
risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:
1. Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) – faktor
risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari
individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan
risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang
muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang
mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang
ada ketuat di penis.
2. Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV)
-wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.
3. Herpes – wanita yang mendapat jangkitan virus
herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal Rahim
4. Ubatan – anak perempuan kepada ibu yang
mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan
keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal Rahim
5. Merokok – meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.
Apakah gejala kanser
pangkal rahim?
Kebanyakan wanita
tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal
rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah
telah merebak ke tisu dan organ lain. Berikut kemungkinan tanda atau gejala
cervical dysplasia atau barah:
1. Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara
tempoh kering haid atau selepas haid
2. Pendarahan haid berpanjangan dan banyak
daripada biasa.
3. Pendarahan selepas putus haid
4. Sakit semasa hubungan seksual
5. Penambahan lelehan dari faraj
** Jika anda mengalami
gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.
0 ulasan: