Gejala Kanser Prostat Yang Perlu Anda Ambil TAHU

Khamis, Ogos 04, 2016 Mie Normi 0 Comments





Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar.

Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat.


Apakah itu Kanser Prostat

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. 
Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. 
Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Penyebab dan Faktor/Risiko 

Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:
1.   Usia
Risiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia lebih 65 tahun.

2.   Sejarah Keluarga
Risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
3.   Hormon
Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.


Gejala kanser prostat, jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya

1. Aliran air kencing yang tidak lancar.
2. Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
3. Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
4. Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
5. Darah dalam air kencing atau air mani.

Rawatan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan samada kanser telah merebak dan tahap kesihatan individu, untuk lebih maklumat anda boleh rujuk disini 



Pengambilan VIVIX dapat membantu dalam mengatasi Kanser Prostat. Kandungan resveratrol dalam vivix merupakan salah satu rawatan alternatif yang sangat diyakini dan mempunyai bukti yang kukuh di dalam melawan sel kanser dalam pelbagai peringkat termasuklah kanser prostat. 



Vivix adalah pilihan yang terbaik dalam melawan sel-sel kanser, InsyaAllah dengan izinNya dapat membantu pesakit kanser ini sembuh seperti sediakala.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 010.3694948

0 ulasan: