Bayi Anda Menangis tanpa henti mungkin disebabkan KOLIK

Rabu, Ogos 10, 2016 Mie Normi 0 Comments







Apa itu Kolik Bayi?

Colic ini berasal dari perkataan Greek iaitu Kolikos yang bermaksud kolon (organ yang terletak di dalam perut). Ramai percaya kolik disebabkan oleh ketidakselesaan pada perut.
Kebanyakan bayi biasa akan menangis secara purata 2 jam sehari. Manakala bayi yang alami masalah kolik pula mungkin akan menangis lebih kerap dan susah untuk diberhentikan. Anda boleh kenalpasti dengan melihat ciri-cirinya.

Simptom Kolik Bayi

1. Bermula seawal bayi berusia tiga minggu.
2. Sekurang-kurangnya menangis 3 jam sehari.
3. Menangis 3 kali seminggu selama 3 minggu berturut-turut dan kemungkinan berhenti pada usianya 3 bulan dan keatas.

Dulu anak Mie pernah alami kolik ni, tapi masa tu Mie tak terfikir langsung mengenai kolik nie. Lebih setengah jam juga la Alif menangis tanpa henti, masa tu dah buntu sebab semua dah cek, dah bagi susu, tukar lampin dan sebagainya. Akhirnya disebabkan letih dia tertido terus, tapi Mie bawa juga dia ke klinik untuk periksa lebih lanjut. Doktor bekalkan ubat untuk hilangkan kembung perut Alif, dan memang sah Alif menangis sebab kolik 

Jangan risau, kolik ini boleh hilang dengan sendirinya (iaitu bila sistem pencernaan bayi makin kuat) . Meskipun begitu, tak salah jika ibu bapa ingin berjumpa doktor untuk memastikan betul ini adalah disebabkan Kolik Bayi.

Kerap minum susu dengan jumlah sedikit-sedikit bagi meringankan keupayaan saluran pencernaan.
Setelah selesai minum, sendawakan bayi walaupun hanya minum susu badan direct.

Ketika dia menangis lama, angkat dan dudukkan sekaligus ia menekan perutnya dan membuat ia merasa selesa.

Bawa dia berehat dengan membawa berjalan pusing-pusing sekitar rumah supaya dapat mengalihkan rasa sakitnya.

Pada ibu menyusu, cuba menukar diet pemakanan dengan mengelak makan produk tenusu, kekacang, brokoli, kubis, ais, makanan berangin dan makanan pedas.

0 ulasan: