Apakah Pemakanan Yang Sesuai dan Terbaik Untuk Mencegah Penyakit Kanser Payudara?

Khamis, Ogos 25, 2016 Mie Normi 0 Comments







Umum mengetahui bahawa 90% factor sesuatu penyakit itu berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan kurang tahap kualitinya. Kementerian Kesihatan serta Pakar Pemakanan telah meneliti beberapa punca serta mengenalpasti faktor utama yang disumbangkan oleh pemakanan yang tidak dijaga dengan betul dan menjadi penyebab kepada penyakit kanser payudara.

Statistik menunjukkan 35% penyakit kanser berpunca daripada pemakanan sehingga tahun 2001 dan sehingga tahun 2007 telah dikenalpasti punca daripada pemakanan telah menyumbang kepada 80%.

Selain faktor pemakanan, faktor merokok serta kurangnya aktiviti senaman turut menyumbang sekurang-kurangnya 30%.



Jenis pemakanan yang dinasihatkan PERLU DIKURANGKAN.....

Pengambilan lemak tepu yang berpunca daripada lemak haiwan dan minyak kelapa yang berlebihan seperti;
Keju / mentega
Susu
Makanan bergoreng dengan kuantiti minyak yang banyak
Telur
Pengambilan protien daripada haiwan
Daging
Pengambilan makanan kurang serabut yang tinggi


Jenis pemakanan yang dinasihatkan PERLU DILEBIHKAN.....

Memakan sayuran yang dimasak dengan kuantiti sekurang-kurangnya 30 -35% sehari

Memakan buah-buahan segar pada setiap waktu makanan dihidang

Mengurangkan kadar jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan pada kadar 15%

Mengambil makanan seperti bijirin dan kekacang pada kadar 20%



0 ulasan: