Anak Saya Hiperaktif, Apa Nak Buat???

Jumaat, Julai 29, 2016 Mie Normi 0 Comments

Hiperaktif adalah tingkah laku yang terjadi kepada kanak-kanak, ia melibatkan keadaan dimana mereka ini sukar memberi perhatian dan juga tidak boleh duduk diam dan mereka juga sentiasa mengikut kata hati.

Ciri² Hiperaktif

Kurang tumpuan
~ Biasanya anak² yang hiperaktif mempunyai daya ttumpuan yang rendah atau kurang fokus

Mereka ini juga selalu menghadapi masalah dalam pembelajaran dan lebih suka merayau² ketika disekolah. Anak² jenis ini kurang berkawan dan tidak suka mendengar arahan guru

Bersikap Impulsif ( mengikut perasaan)
~Kanak² jenis ini sebenarnya mempunyai kelebihan dalam pembelajaran namun masalah mereka yang sukar dikawal ini menyebabkan mereka tidak sesuai belajar di sekolah biasa. Mereka juga kurang disukai sesama kanak² seusia mereka dan menyebabkan sosial mereka tertanggu

Bertindak sebelum berfikir
~Menurut pakar pediatrik berkata ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugasan. Kanak² ini boleh berfikir dengan baik, namun mereka lebih cenderung mengikut perasaan.

Rawatan Yang Biasa Digunakan 


Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan


Intervensi tingkah laku
Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
  • Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
  • Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
  • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
  • Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
  • Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
  • Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
  • Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
  • Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti
sumber

Supplemen yang dapat membantu kanak² yang hiper ini adalah Omega Guard Shaklee, Minyak ikan ini penting untuk perkembangan kanak²

Jika anda mempunyai anak yang hiperaktif, anda perlukan Omega untuk mereka, w/a Mie 010.3694948 untuk maklumat lanjut.

0 ulasan: