Betul ke Sakit Perut Tanda Awal Apendiks??

Rabu, Julai 20, 2016 Mie Normi 3 Comments





Apa itu Apendiks?

Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia sangatlah menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen)

Apa punca apendiks?

Menurut Pakar Runding Pembedahan Am, Dr . Jonah Azariah, punca sebenar apendiks tidak diketahui akan tetapi beliau berpendapat bahawa amalan pemakanan yang tidak menentu dan makanan yang tidak bersih, boleh jadi punca kena apendiks.

Jadi, orang yang selalu makan kat luar, beli kat gerai-gerai tepi jalan atau makan kat kantin ke, boleh ada risiko kena apendiks. Jadi, orang yang jarang makan pedas juga boleh kena apendiks. Selain itu, orang yang kurang minum air putih, dan malas bersenam juga berisiko kena apendiks. 

Teringat pulak masa tahun 2002 Mie terkena sakit perut yang amat sangat semasa di sekolah, cirit birit dan tak boleh bangun hanya mampu baring sahaja. Mak bawa ke klinik dan doktor sahkan apendiks, masa tu doktor terus buat surat refer ke hospital. 

Pukul 6 petang admit dan doktor buat keputusan untuk lakukan pembedahan buang apendix pada pukul 12 mlm hari yang sama, disebabkan apendiks hampir-hampir nak pecah. Pembedahan selesai pada pukul 2 pagi, alhamdullilah hilang sakit apendiks. Masa tu hanya perlu jaga luka pembedahan sahaja. Jom kita tengok lebih lanjut apakah lagi tanda-tanda apendiks



Tanda-tanda apendiks


1.  Pada peringkat awal, tanda-tanda yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasa sakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut. Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk. 

2.   Loya dan muntah-muntah ~ Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa.

3.   Hilang selera makan ~ Bila dah selalu muntah dan rasa loya, selera makan kita akan semakin berkurang. Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi. 

4.   Cirit-birit ~ Ini antara gejala awal berlaku radang appendik. 

5.   Sembelit ~ Ada sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar 

6.   Sukar kentut ~ Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. Jadi, jangan marah kalau insan tersayang anda kentut. Itu tandanya dia sihat! 

7.   Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa.

8.   Demam ~ Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya. Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor. 

9.   Kedudukan lutut ~ Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa. 


Rawatan Apendiks:

Jika sakit berlarutan, pembedahan membuang apendiks akan dilakukan jika sah itu memang apendiks. Sebab jika dibiarkan, kuman yang ada dalam apendiks akan merebak ke bahagian organ dalaman yang lain. Ini boleh mengancam nyawa. 


Dua jenis pembedahan dilakukan mengikut tahap keradangan apendiks iaitu Appendicectomy terbuka atau Appendicectomy Laparoskopi (kaedah lubang kunci). 


Supplement cadangan untuk penjagaan luka pembedahan akibat apendiks

Vita C - Membantu dalam meningkatkan imunisasi badan kerana takut dijangkiti kuman dan menggangu proses penyembuhan luka

ESP - membantu untuk terus kekal bertenaga dan rasa kenyang sentiasa, ini kerana selepas pembedahan pengambilan makanan perlulah dijaga terutama makan yang sukar dihadam

VIVIX- Membantu proses penyembuhan luka dalaman dan luaran agar cepat sembuh dan juga membaiki struktur kulit yang luka akibat pembedahan





3 ulasan:

  1. Salam admin.. mana nak dapatkan ESP dan VIVIC? Farmasi biasa ada jual?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam tuan... for info, farmasi biasa xde jual... tuan blh wasap sy di http://shakleenormimzperlis.wasap.my/ atau tgglkan no hp tuan utk sy info detail ... TQ

      Padam
    2. Wsalam tuan... for info, farmasi biasa xde jual... tuan blh wasap sy di http://shakleenormimzperlis.wasap.my/ atau tgglkan no hp tuan utk sy info detail ... TQ

      Padam