Anak Saya Hiperaktif, Apa Nak Buat???

Jumaat, Julai 29, 2016 Unknown 0 Comments

Hiperaktif adalah tingkah laku yang terjadi kepada kanak-kanak, ia melibatkan keadaan dimana mereka ini sukar memberi perhatian dan juga tidak boleh duduk diam dan mereka juga sentiasa mengikut kata hati.

Ciri² Hiperaktif

Kurang tumpuan
~ Biasanya anak² yang hiperaktif mempunyai daya ttumpuan yang rendah atau kurang fokus

Mereka ini juga selalu menghadapi masalah dalam pembelajaran dan lebih suka merayau² ketika disekolah. Anak² jenis ini kurang berkawan dan tidak suka mendengar arahan guru

Bersikap Impulsif ( mengikut perasaan)
~Kanak² jenis ini sebenarnya mempunyai kelebihan dalam pembelajaran namun masalah mereka yang sukar dikawal ini menyebabkan mereka tidak sesuai belajar di sekolah biasa. Mereka juga kurang disukai sesama kanak² seusia mereka dan menyebabkan sosial mereka tertanggu

Bertindak sebelum berfikir
~Menurut pakar pediatrik berkata ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugasan. Kanak² ini boleh berfikir dengan baik, namun mereka lebih cenderung mengikut perasaan.

Rawatan Yang Biasa Digunakan 


Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan


Intervensi tingkah laku
Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
  • Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
  • Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
  • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
  • Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
  • Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
  • Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
  • Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
  • Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti
sumber

Supplemen yang dapat membantu kanak² yang hiper ini adalah Omega Guard Shaklee, Minyak ikan ini penting untuk perkembangan kanak²

Jika anda mempunyai anak yang hiperaktif, anda perlukan Omega untuk mereka, w/a Mie 010.3694948 untuk maklumat lanjut.

0 ulasan:

Takutnya Nak ke Tandas, Semua Angkara BUASIR

Khamis, Julai 28, 2016 Unknown 0 Comments



BUASIR


Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.
  • BUASIR DALAMAN terjadi bila salur darah vena membengkak di lapisan dalam. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.



  • BUASIR LUARAN Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

KENAPA BUASIR BOLEH BERLAKU ???

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. 
Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. 
Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.

PERLUKAH BERJUMPA DENGAN DOKTOR??

Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:
  • Berumur 40 tahun ke atas.
  • Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
  • Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
  • Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
  • Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.


LANGKAH - LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGELAKKAN BUASIR


Elakkan sembelit
  • Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
  • Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
  • Lakukan senaman setiap hari.
  • Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.


Mengurangkan kesakitan
  • Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
  • Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
  • Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
  • Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.


BUASIR BAGI WANITA HAMIL 

Buasir semasa mengandung sering bermula diperingkat akhir kandungan sehingga akhir waktu berpantang. Masalah buasir dikalangan wanita di Malaysia mungkin kerap berlaku akibat amalan berpantang. Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk mengurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu. In mungkin akan mengakibatkan masalah buasir. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.

CADANGAN SUPPLEMENT BAGI MASALAH BUASIR 




ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir tahap tinggi dimana najis keluar bersama darah dan proses membuang air besar yang sangat perit dan sukar. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.

OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD
Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, Omega Guard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.


Inginkan set buasir shaklee hubungi Mie : 010.3694948 untuk konsultasi 





0 ulasan:

Penjagaan GIGI untuk mengelakkan Gusi Bengkak dan Berdarah

Rabu, Julai 27, 2016 Unknown 0 Comments



Gusi Berdarah @ Bengkak Gusi 


Gusi berdarah berpunca daripada bengkak gusi, punca utama pendarahan gusi adalah disebabkan pembentukan plak bakteria yang terjadi setiap hari pada garis dan kawasan celahan gigi (antara gigi), yang biasa disebabkan oleh kebersihan mulut yang tidak sempurna.

plak gigi adalah filem bakteria yang sentiasa terbentuk secara semulajadi pada semua permukaan gigi dan pada bahagian garis gusi. Air liur manusia mengandungi berjuta bakteria yang melekat pada permukaan gigi dan cepat membiak membentuk plat gigi. 

Jadi untuk mengelakkan gusi bengkak@berdarah kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan gigi. 

Langkah-Langkah Pencegahan 


  • Memberus gigi secara kerap sekurang-kurangnya 2 kali sehari 


  • Pembersihan celah-celah gigi menggunakan flos dengan teknik yang betul


  • Penggunaan ubat kumur antiseptik sebagai tambahan kepada pembersihan gigi secara mekanikal dapa membantu menyingkirkan kuman 


  • Makan makanan yang seimbang dan menghadkan pengambilan makanan pada waktu malam dan juga pengambilan makanan yang berlebihan gula


  • Sentiasa berjumpa dengan doktor gigi 


Supplemen Cadangan Untuk Masalah Bengkak Gusi 


  • Vitamin C Shaklee

Dapat memperbaiki simptom pendarahan gusi kerana kekurangan vitamin C akan menyebabkan gusi berdarah. Vitamin C juga membantu dalam menyokong pembentukan tulang, gigi dan gusi

  • Ostemarix Shaklee

Membantu dalam membekalkan nutrien harian yang dapat membantu dalam pembentukan dan pengjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium dan vitamin D untuk kesihatan yang baik

Jika anda ingin atasi masalah ini, dapatkan Ostematrik dan juga Vitamin C dengan segera untuk membantu dalam penjagaan gigi secara menyeluruh

Mie : 010.3694948


0 ulasan:

Suami Seram Tengok Rambut Isteri, Gugur Sampai Botak

Khamis, Julai 21, 2016 Unknown 0 Comments



Rambut adalah mahkota bagi wanita, masalah keguguran rambut adalah masalah paling besar bagi setiap wanita. Selalunya wanita akan hilang keyakinan diri bila masalah keguguran rambut ini tidak dapat di atasi. Secara normalnya rambut akan gugur 50-100 helai sehari, akan tetapi masalah akan timbul jika rambut yang gugur melebihi tahap normal. Kalau yang dah kahwin tu, suami pun seram tengok rambut isteri makin botak. Jom kita ketahui lebih lanjut apakah punca yang menyebabkan keguguran rambut.


Antara punca berlakunya Keguguran Rambut


  • Tekanan
  • Hormon yang tidak stabil 
  • Faktor Genetik
  • Pengambilan Ubat-ubat yang tertentu
  • Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul 
  • Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut 

Petua dan Cara Merawat Rambut Gugur 


Petua 1 - Daun Lidah Buaya mampu mengatasi masalah rambut gugur dengan mengambil lendir daun lidah buaya dan sapukan pada rambut hingga ke kulit kepala. Lendir tersebut dikatakan mampu melembatkan kulit kepala serta memperbaiki akar rambut yang rosak.

Petua 2 - Santan juga dikatakan dapat menyuburkan kembali rambut yang telah rosak dan mengurangkan rambut gugur malah ia mampu melebatkan lagi rambut dan juga menghasilkan rambut yang berkilat kehitaman. Lumurkan santan yang baru diperah dan biarkan selama 1 jam sebelum dibilas, lakukannya 1 bulan sekali.

Petua 3 - Kacang Hijau. Gunakan air rendaman kacang hijau yang telah direndam semalaman, tapis dan sapukan airnya di atas kulit kepala. Elakkan mengikat rambut dengan getah.

Cara merawat rambut gugur dengan supplemen


Jika anda tidak sanggup atau tiada masa untuk mengikut petua-petua diatas, anda juga boleh merawatnya dengan pengambilan supplemen. Antara supplemen yang dicadangkan adalah :


Zinc Complex : Ia bertindak mengekalkan kelenjar merembaskan minyak yang melekat pada folikel rambut. Kekurangan zinc juga telah dibuktikan secara saintifik menyebabkan keguguran rambut. 


Energizing Soy Protein (ESP) : Sel-sel badan dibina daripada protein dan kekurangan protein boleh menyebabkan keguguran rambut


Revitalizing Shampoo (296ml) : Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa menjadikannya terlalu lembap atau kering. Ia juga berperanan melicinkan kutikel rambut dan melembabkan rambut. Sistem pembersih berpaten dengan mekanisme tindakan yang lembut




>>> Jom tonton video nie, apakah hasil yang telah Puan Maria dapat setelah mengamalkan supplemen untuk menyelesaikan masalah rambut gugur yang dihadapinya   >>> 


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.




>>> Testimoni Rambut Gugur >>> 

Shampoo memang best. Mummy pakai mcm2 dulu rambut banyak gugur. Bila tukar Revitalizing shaklee memang rambut boleh kata tak gugurlaa. Hanya satu dua helai jaa....kalau tak dlu banyak gugur blh buat sarang burung kot... huhuhuhuh  





Jika anda juga mengalami masalah yang sama seperti Puan Maria, cepat-cepat hubungi saya ok, mudah-mudahan ikthiar dengan supplemen ini dapat membantu masalah rambut gugur yang anda alami selama ini.




Mie 010.3694948




0 ulasan:

Betul ke Sakit Perut Tanda Awal Apendiks??

Rabu, Julai 20, 2016 Unknown 3 Comments





Apa itu Apendiks?

Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia sangatlah menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen)

Apa punca apendiks?

Menurut Pakar Runding Pembedahan Am, Dr . Jonah Azariah, punca sebenar apendiks tidak diketahui akan tetapi beliau berpendapat bahawa amalan pemakanan yang tidak menentu dan makanan yang tidak bersih, boleh jadi punca kena apendiks.

Jadi, orang yang selalu makan kat luar, beli kat gerai-gerai tepi jalan atau makan kat kantin ke, boleh ada risiko kena apendiks. Jadi, orang yang jarang makan pedas juga boleh kena apendiks. Selain itu, orang yang kurang minum air putih, dan malas bersenam juga berisiko kena apendiks. 

Teringat pulak masa tahun 2002 Mie terkena sakit perut yang amat sangat semasa di sekolah, cirit birit dan tak boleh bangun hanya mampu baring sahaja. Mak bawa ke klinik dan doktor sahkan apendiks, masa tu doktor terus buat surat refer ke hospital. 

Pukul 6 petang admit dan doktor buat keputusan untuk lakukan pembedahan buang apendix pada pukul 12 mlm hari yang sama, disebabkan apendiks hampir-hampir nak pecah. Pembedahan selesai pada pukul 2 pagi, alhamdullilah hilang sakit apendiks. Masa tu hanya perlu jaga luka pembedahan sahaja. Jom kita tengok lebih lanjut apakah lagi tanda-tanda apendiks



Tanda-tanda apendiks


1.  Pada peringkat awal, tanda-tanda yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasa sakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut. Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk. 

2.   Loya dan muntah-muntah ~ Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa.

3.   Hilang selera makan ~ Bila dah selalu muntah dan rasa loya, selera makan kita akan semakin berkurang. Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi. 

4.   Cirit-birit ~ Ini antara gejala awal berlaku radang appendik. 

5.   Sembelit ~ Ada sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar 

6.   Sukar kentut ~ Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. Jadi, jangan marah kalau insan tersayang anda kentut. Itu tandanya dia sihat! 

7.   Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa.

8.   Demam ~ Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya. Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor. 

9.   Kedudukan lutut ~ Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa. 


Rawatan Apendiks:

Jika sakit berlarutan, pembedahan membuang apendiks akan dilakukan jika sah itu memang apendiks. Sebab jika dibiarkan, kuman yang ada dalam apendiks akan merebak ke bahagian organ dalaman yang lain. Ini boleh mengancam nyawa. 


Dua jenis pembedahan dilakukan mengikut tahap keradangan apendiks iaitu Appendicectomy terbuka atau Appendicectomy Laparoskopi (kaedah lubang kunci). 


Supplement cadangan untuk penjagaan luka pembedahan akibat apendiks

Vita C - Membantu dalam meningkatkan imunisasi badan kerana takut dijangkiti kuman dan menggangu proses penyembuhan luka

ESP - membantu untuk terus kekal bertenaga dan rasa kenyang sentiasa, ini kerana selepas pembedahan pengambilan makanan perlulah dijaga terutama makan yang sukar dihadam

VIVIX- Membantu proses penyembuhan luka dalaman dan luaran agar cepat sembuh dan juga membaiki struktur kulit yang luka akibat pembedahan





3 ulasan:

Chicken Pox!! Tanda-tanda dan Cara Merawatnya

Jumaat, Julai 15, 2016 Unknown 0 Comments




Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.

Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.

Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.

Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

**Sumber rujukan : myhealth

Chicken pox boleh dirawat dengan pengambilan Supplement. Cadangan Supplement untuk Kanak-kanak dan Dewasa yang kena Chicken pox nie adalah :

Set Chicken Pox Kanak-Kanak
Chewable Vitamin C
Nutriferon
Meal Shakes
Herbal Blend

Set Chicken Pox Dewasa
Vitamin E
Vitamin C
ESP
Nutriferon
Herbal Blend

Buntu dengan parut Chicken pox yang masih kekal, anda boleh hubungi Mie : 010.3694948 untuk dapatkan Set Chicken Pox nie. Jika inginkan penjimatan anda boleh mendaftar sebagai Ahli dan nikmati kelebihan berbelanja sebagai ahli 

0 ulasan:

KULIT ANDA KUSAM?? KETAHUI PUNCA DAN CARA MENGATASINYA!

Khamis, Julai 14, 2016 Unknown 0 Comments



Punca Kulit Kusam


Kurang tidur


** Waktu tidur yang kurang akan membuat kulit kita kekurangan nutrisi, ini adalah kerana ketika kita tidur, kulit menyerap nutrisinya secara maksimal. Jadi semakin sedikit waktu tidur kita, maka nutrisi yang diserap kulit pun semakin berkurang dan akhirnya wajah akan tampak kuyu dan kering. Selain itu kurang tidur juga menimbulkan masalah lain seperti kantung mata yang bengkak dan menghitam (mata panda).

Stress


** Stress dapat mempengaruhi tubuh dan fikiran seseorang. Secara fisik, stres dapat membuat aliran darah menjadi tidak lancar, sehingga nutrisi yang diperlukan oleh kulit pun tidak akan tersebar merata. Kulit akan menjadi tidak sihat. Stress boleh diatasi dengan melakukan pelbagai aktiviti,  misalnya berolahraga, yoga, atau melepas penat dengan berhibur. Jika badan sihat, kulit pun akan menjadi cantik.

Diet tidak seimbang


** Diet yang tidak seimbang akan membuat tubuh kita kehilangan nutrisi-nutrisi yang diperlukan. Kulit juga tidak akan mendapatkan nutrisi yang ia perlukan setiap hari dan untuk memenuhi keperluan nutrisi kulit, kita haruslah makan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan yang berwarna cerah seperti hijau, merah dan oranye. Buah dan sayur tersebut mengandung banyak vitamin dan mineral untuk kulit. Garam dan makanan yang berlemak haruslah di kurangkan agar kulit kelihatan cerah.


Cara Mengatasi Kulit Kusam


Membersihkan Wajah

** Langkah pertama yang penting untuk anda ingat adalah selalu menjaga kebersihan wajah anda . Tak perlu mencuci wajah setiap 1 jam sekali , kerana mencuci wajah berlebihan dapat membuat kulit kering dan sebum akan menghasilkan lebih banyak minyak . Namun anda cukup mencuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari , dan pastikan wajah anda sudah dalam keadaan bersih semasa hendak tidur . Pilihlah sabun wajah khusus yang lembut , bukan sabun yang keras dan dapat meningkatkan pengeluaran minyak pada wajah . Pilihlah produk pembersih muka yang mengandungi benzoil peroksida , asid Glycolic , asid salisilik , atau asid beta - hydroxy yang boleh membantu mengatasi masalah wajah berminyak anda .

Menggunakan Toner

** Toner adalah produk kecantikan tambahan yang biasanya digunakan setelah kita mencuci wajah menggunakan sabun cuci wajah. Ada yang percaya dan tidak percaya bahawa toner dapat membantu mengatasi masalah minyak berlebih. Namun toner juga akan mengurangi minyak pada kulit wajah kita. Kandungan toner yang berfungsi sebagai penyegar dapat menjaga kulit tetap lembab tanpa memproduksi lebih banyak minyak. Pilihlah toner yang mempunyai bahan asas seperti lemon, jeruk nipis, atau mentimun yang berfungsi untuk menyegarkan dan melembabkan. Namun kita harus elakkan penggunaan toner pada bagian wajah yang cenderung normal seperti kawasan lain selain kawasan T (dahi, hidung, dagu).

Menggunakan Madu

** Madu sangat  berguna untuk melembabkan kulit wajah kita. Cara penggunaannya sangatlah mudah, kita hanya perlu meratakan madu mentah ke seluruh bahagian wajah, dan biarkan selama kurang lebih satu jam, setelah itu bilas hingga bersih. Dengan cara ini, kulit kita bukan hanya kenyal, malah ia  juga nyaman dan bersinar.

Kacang Almond

** Bancuhan kacang almond menjadi pes dipercayai dapat merawat wajah anda yang kusam. Kita boleh memproses kacang almond dengan cara ini, iaitu dengan melakukan rendaman selama semalam, selepas itu kupas lapisan yang luar kacang lalu campurkan dengan 2 sudu makan susu . Menyapu/meratakan bancuhan susu dan badam tersebut ke wajah selama setengah jam .

Mengamalkan pemakanan secara sihat

** Dengan pengambilan pelbagai macam makanan yang bernutrisi, seperti ikan salmon, kubis, kenari dan biji rami, kulit wajah kita akan lebih sihat danterhindar dari terjadinya kusam. Makanan-makanan tersebut juga dapat dijadikan asid lemak semulajadi yang dapat meningkakan kolagen serta meningkatkan pembentukan sel baru.

Minum Air putih

** Satu lagi penyebab wajah kusam yang sering kitaambil mudah adalah dehidrasi atau kekurangan pengambilan air . Oleh sebab itu , cara mengatasi wajah kusam yang terbaik sekaligus sederhana adalah dengan mengambil air putih secara rutin dan cukup setiap harinya .

Selain itu juga Kulit Kusam ini juga boleh diatasi dengan pengambilan Vivix, Kolegan dan Vitamin C. Jom tengok apa kata pengguna yang telah amalkan produk Shaklee nie untuk mengatasi masalah kulit kusam. 



Testimoni pengguna 1 :

setelah sebulan amalkan vivix,
jeragat makin kurang, 
wrinkle area mata x ada sudah...



Testimoni pengguna 2 :

setelah sebulan amalkan vivix, vita c dan baru start kolegan 
banyak perubahan pada kulit wajah ...

Vivix
Melambatkan penuaan kulit wajah, Melembut dan Mencantikkan Kulit Wajah

Kolegan Shaklee
Melembapkan kulit wajah agar tidak kering, kulit yang kering akan mengundang kepada kulit kusam. Kolegan juga bertindak dalam menganjalkan kulit 

Vitamin C Shaklee
Merancang pembentukan kolegan yang merawat kedutan. Mencantikkan kulit dan melambatkan penuaan. Merawat kulit kasar dan kulit kering yang mengundang kepada kulit kusam.


Ingin mencuba produk shaklee untuk kulit kusam yang anda alami ini, boleh la hubungi 
Mie : 010.3694948 dan dapatkan konsultasi secara percuma. Dapatkan penjimatan dalam pembelian vivix, kolegan dan vitamin C dengan mendaftar sebagai ahli.

0 ulasan: