TIBI boleh bawa maut, cegah sebelum terlambat
PENYAKIT TIBI
- Penyaki Tibi ini adalah sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut jika tidak dirawat
- Tibi terjadi disebabkan oleh kuman Tibi Mycobacterium Tiberculosis
- Kuman ini biasanya akan menjangkiti paru-paru tetapi ia juga boleh menyerang organ-organ penting lain seperti tulang, otak, kelenjar, kulit, buah pinggang dan sebagainya.
- Kebanyakan orang yang dijangkiti, tidak akan mendapat penyakit Tibi kerana sistem pertahanan badan yang kuat menghalang jangkitan, tetapi kuman ini akan berada di dalam badan dalam keadaan tidak aktif
- Jika sistem pertahanan badan terjejas atau menjadi lemah. Kuman Tibi yang ada dalam badan akan menjadi aktif dan membiak, ia menyebabkan jangkitan Tibi yang aktif.
Antara Faktor yang menyumbang kepada
kemunculan penyakit ini adalah ;
- Pendatang asing yang masuk secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
- Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana tidak terdedah tentang penyakit Tibi ini.
BAGAIMANA PENYAKIT TIBI MEREBAK
- Penyakit Tibi boleh berjangkit melalui titisan cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman Tibi apabila pesakit Tibi paru-paru batuk, bercakap atau bersin.
- Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini akan menghadapi risiko dijangkiti kuman Tibi
- Penyakit Tibi diluar paru-paru (EPTB) tidak akan menjangkiti orang-orang disekelilingnya.
ANTARA TANDA-TANDA PENGHIDAP PENYAKIT TIBI
- Batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu
- Batuk berdarah atau berkahak
- Susut berat badan
- Sakit dibahagian dada
- Menggigil
- Demam
- Lemah dan keletihan
- Hilang selera makan
- Berpeluh waktu malam
GOLONGAN YANG MUNGKIN DISERANG PENYAKIT TIBI
Tibi boleh menyerang semua orang, tidak
kira kaum, bangsa atau umur, tetapi kumpulan yang berisiko tinggi adalah ;
- Mereka yang kekurangan zat dan vitamin
- Mereka yang dijangkiti AIDS (Virus HIV)
- Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan penyakit Tibi yang tinggi
BAGAIMANA PENYAKIT TIBI DIKESAN
- 1. X-RAY
- 2. MANTOX TEST
KAEDAH RAWATAN PENYAKIT TIBI
Terdapat 4 jenis ubat yang khas yang
sering digunakan untuk merawat penyakit Tibi. Ubat-ubat itu ialah:
- Rifampicin (RIF)
- Isoniazid (INH)
- Pyrazinamide (PZA)
- Ethambutol (EMB)
Rawatan biasanya mengambil masa
sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh
berkenaan. Pada dua bulan pertama, pesakit diberi rawatan rapi dimana ia
dikehendaki memakan ubat setiap hari yang disaksikan oleh Pengamal
Perubatan (Doktor) atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.
Kemudian pada empat bulan seterusnya
ia dikehendaki memakan ubat tiga kali seminggu, juga dibawah penyeliaan.
Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh di sembuhkan.
sumber rujukan
SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK PESAKIT TIBI
Ada beberapa vitamin yang boleh di
syorkan kepada pesakit Tibi antaranya ;
Vivix
Resveratrol yang terkandung di dalam
vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran
pernafasan.
Resveratrol telah terbukti mampu
mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.
Ia juga membantu meningkatkan
imunisasi tubuh.
Nutriferon
Membantu meningkatkan imuniti tubuh
dengan mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.
Ia mampu mengurangkan / mengelakkan
simptom alergi.
Testimoni pesakit Tibi
Testimoni pesakit Tibi
0 ulasan: