Talasemia | Set Vitamin Shaklee Untuk Pesakit Talasemia

Rabu, Jun 08, 2016 Mie Normi 0 Comments

Assalammualaikum 


Talasemia!! Selalu sahaja kita dengar,betul tak??  tapi kita kurang pendedahan dengan penyakit ini. Talasemia adalah merupakan penyakit genetik yang boleh membawa maut. Penyakit ini terjadi apabila pesakit tidak mampu menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.



Ia terjadi apabila gen yang menghasilkan hemoglobin telah terjejas kerana terjadinya mutasi pada gen tersebut. Hemoglobin adalah satu protien dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu dalam badan kita.



Sebagai penyakit genetik, talasemia diturunkan kepada anak daripada kedua-dua ibu bapa yang membawa gen talasemia. Ia bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh di transmisi melalui darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan Wanita mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.



Tanda-tanda dan gejala penyakit talasemia

Talasemia boleh diklasifikasikan pada 3 iaitu pembawa gen talasemia (talasemia minor), penyakit talasemia intermedia dan penyakit talasemia major. Pembawa gen talasemia adalah sihat, yakni tidak menunjukkan apa2 tanda atau masalah kesihatan. Pengesanannya hanya boleh dibuat melalui ujian darah.

Talasemia Major

Pesakit talasemia major menunjukkan tanda-tanda penyakit mulai dari umur 6-18 bulan. Manakala penyakit talasemia intemedia menunjukkan tanda-tanda penyakit dari usia lebih lanjut biasanya dari remaja hingga dewasa. 

Talasemia major mempunyai tahap hemoglobin yang sangat rendah, biasanya kurang daripada 4g/dl. tanda dan gejala talasemia major adalah :


  • Keadaan puncat yang semakin ketara
  • Sentiasa lemah dan resah
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Jaundis
  • Perut buncit disebabkan pembengkakkan hati dan limpa
  • Tumbesaran terbantut
  • Terdapat perubahan pembentukkan di bahagian muka apabila kanak-kanak semakin membesar


Talasemia Intermedia

Talasemia intermedia pula mempunyai tahap hemoglobin yang tidak begitu rendah, dalam lingkungan 7-10d/gl yang dapat menampung hidup tanpa transfusi darah. Walaubagaimanapun, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah dan komplikasi bila usia meningkat seperti osteoporosis, pulmonary, hipertension (right head failure), pembengkakkan limpa dan pembengkakkan korda tunjang tulang belakang yang boleh menyebabkan lumpuh. 

Dengan ini pesakit talasemia intermedia memerlukan pemantauan yang rapi dan sekiranya terjadi tanda-tanda awal komplikasi, rawatan transfusi darah susulan akan dimulakan.



Bolehkan pesakit talasemia dirawat??

Pesakit talasemia major perlu mendapat rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan sepanjang hayatnya.Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. 

Akan tetapi transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pegumpulan zat besi yang berlebihan dalam organ-organ penting di dalam badan.

Fungsi organ -organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk kepada pesakit. Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting kepada pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau oral.


Penjagaan Makanan di kalangan pembawa dan penghidap penyakit talasemia

Pembawa dan penghidap penyakit talasemia perlu mengurangkan makanan yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Antara makanan yang tinggi zat besi adalah :


  • Organ dalaman seperti hati
  • Produk makanan yang diperkaya dengan zat besi
  • Bijiran yang diperkaya dengan zat besi
  • Kuning telor
  • Kekacang dan legum 
  • Kebanyakkan sayuran hijau yang berdaun 

Penghidap talasemia digalakkan mengambil vitamin folic acid untuk menolong membentuk sel darah merah serta juga vitamin kalsium untuk menguatkan tulang kerana penghidap talasemia mudah mendapat osteoporosis.


Cadangan Set Vitamin Shaklee untuk Talasemia

Vivix
Pesakit talasemia sangat digalakkan mengambil vivix kerana ia berfungsi sebagai agen antioksidan terbaik dan penjagaan imun pesakit. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa pengambilan supplemen yang mengandungi resveratrol yang tinggi seperti vivix dapat memberikan kesan yang lebih baik kepada pesakit talasemia dan juga anemia.

ESP
Protein membantu di dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, termasuklah sel darah merah

Vitamin E
Antioksida yang membantu menguatkan pertahanan tubuh dan melindungi sel darah merah 

B Complex
Membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah 

Ostematrix
Kalsium, Magenesium dan Vitamin D membantu dalam pengawalan denyutan jantung supaya seimbang.

Hubungi Mie : 010.3694948 untuk konsultasi









  

0 ulasan: