Panau Boleh di Rawat atau Tidak?? Elakkan Ia Berulang Lagi

Rabu, Jun 15, 2016 Mie Normi 0 Comments




Penyakit Panau


Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit, ia berpunca daripada kulat jenis Malassezia.

Kulat nie selalu akan terjadi pada bahagian yang banyak menghasilkan sebum (minyak) seperti dada, muka, belakang badan dan kulit kepala.

Kulat jenis Malassezia furfur nie adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan yang tertentu.

Rupa dan bentuk penyakit panau 


Bahagian badan pesakit akan mempunyai tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus.

    Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan adakalanya bercantum yang menyebabkan permukaan jangkitan menjadi luas.

    Sesetengah pesakit akan berasa gatal pada bahagian yang terlibat 

    Siapa yang berisiko mendapat panau?


    Panau boleh melibatkan semua umur, namun ia kerap berlaku di kalangan remaja dan belia.

    Pesakit yang kurang zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistematik dan immunosuppressant kerap mendapat panau.


    Pesakit hyperhidrosis atau peluh berlebihan juga berisiko mendapat penyakit ini.

    Panau bukanlah penyakit berjangkit dan ia kerap berlaku di kawasan tropika dengan kes setinggi 40%

    Bagaimana panau dirawat?


    Panau boleh dirawat dengan ubat sapu atau ubat makan. 

    Rawatan sistematik antikulat hanya diberikan kepada pesakit yang mempunyai panau yang teruk, panau yang berulang atau panau yang gagal dirawat dengan ubat sapu. Rawatan ini hanya boleh diberikan oleh doktor atau pakar kulit disebabkan risiko dan kesan sampingan ubat dan tindak balas ubat-ubatan lain.

    Panau boleh sembuh atau tidak?


    Penyakit panau ini boleh sembuh dengan rawatan yang tersebut di atas. Segelintir pesakit yang mempunyai tompok-tompok pada bahagian badan pesakit mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun untuk kembali normal.

    Ini bukan bermakna yang rawatan itu telah gagal. Kulat menghasilkan bahan kimia yang toksik dan menghalang fungsi sel-sel pigmen semasa jangkitan aktif, jadi ia mengambil masa untuk pulih


    Bagaimana untuk menggelakkan panau berulang?


    Kadar penyakit ini akan berulang adalah 60% pada tahun pertama. Losyen selenium suphide boleh digunakan sebulan sekali untuk mengelakkan panau daripada berulang. Kadang-kadang pengambilan ubat sistematik antikulat selama sehari atau sehingga tiga hari sebulan turut membantu

    Anda juga boleh mengamalkan supplemen yang dicadangkan seperti berikut untuk mengelakkan panau kembali berulang 


    Supplemen yang di cadangkan untuk merawat penyakit panau 



    1. Vitamin C - Ia membantu dalam meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kulat 



    2. Garlic Complex - Ia merupakan antibiotik semulajadi yang sangat berkesan dan dapat menghalang kulat dari tumbuh dan merebak pada kulit.




    3. Alfalfa Complex - Ia bertindak sebagai antik kulay dan memperbaiki keadaan kulit dengan berkesan dan juga sebagai anti radang.

    InsyaAllah dengan pengambilan supplemen yang dicadangkan ini dapat mengatasi masalah jangkitan kulat pada kulit, selain itu dengan pengambilan supplemen ini juga kulit akan makin berseri-seri bukan hanya masalah panau sahaja yang dapat diatasi.


    Anda ingin ikthiar dengan Set Panau Shaklee boleh whatsapp/sms/call 
     Mie : 010.3694948 untuk konsultasi
    Dapatkan set panau anda hari ini. 



    0 ulasan: