Kaedah dan Rawatan Penyakit Kayap | Ketahui Rahsia Kayap Kering Dalam Masa 7 Hari

Selasa, Jun 14, 2016 Mie Normi 0 Comments

Assalammualaikum....


Kayap oh kayap... apa tu kayap?? Haaaa.. kalau tak tau jom baca entry Mie kali nie ye, nak kongsi pasal penyakit kayap nie. Kaedah dan rawatan penyakit nie.

Pernah ke anda terkena penyakit kayap? setengah orang tak pernah pun tengok kayap, betul tak? Kayap adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan.

Risiko utama kayap terjadi adalah disebabkan umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab utama seperti jangkitan kuman dan kesan ubat-ubatan.

Tahukah anda bahawa sepanjang hayat seseorang itu, lebih kurang 10%-30% akan menghidapi penyakit ini. Penyebab kepada penyakit ini adalah disebabkan oleh Virus Varicella Zoster yang aktif. Virus ini sebenarnya terjadi apabila seseorang itu menghidap penyakit cacar air (chickenpox). 

Virus ini akan berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion) dan apabila sistem imun menjadi lemah, ia akan aktif semula serta ia akan menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf tersebut.

Tanda dan Gejala Kayap


Kayap akan menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja dan ia lazimnya melibatkan bahagian dada dan muka.

Tanda awal penyakit nie adalah pesakit akan rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom ini terjadi sebelum tanda-tanda di kulit timbul. Kebanyakkan 80% pesakit akan mengalami simptom ini dan berterusan dari  3 hingga 5 hari.

tompok-tompok kemerahan akan kelihatan pada bahagian urat saraf yang terlibat dan amat menyakitkan. Diikuti dengan timbulnya gelembong-gelembong kecil berisi air selepas 2/3 hari simptom ini terjadi.

selepas 2 hari air tersebut akan menjadi keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering, kulit tersebut akan terjatuh dengan sendirinya selepas 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Komplikasi


Komplikasi awal yang terjadi semasa adanya tanda-tanda pada kulit termasuklah jangkitan kuman. Gelembong-gelembong air tersebut juga akan merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya terjadi kepada pesakit yang lemah sistem imun. 

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuklah menjadi buta dan juga menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Perlu diingat ye, kayap juga akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak, jantung dan paru-paru.

Bila tanda pada kulit telah sembuh , bahagian tersebut akan menjadi parut. Komplikasi lain yang terjadi adalah post herpetic nueralgia (kesakitan pada bahagian urat yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi ini selalunya terjadi kepada pesakit yang telah berusia. 

Kaedah dan Rawatan Penyakit Kayap


Rawatan ini dilakukan adalah untuk meredakan kesakitan, mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan mengelakkan komplikasi penyakit tersebut.

Kaedah meredakan kesakitan pesakit adalah : 

  • Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air

  • Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac  


  • Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline

Selalunya ubat-ubatan ini akan dibekalkan kepada pesakit untuk tempoh 1 minggu sahaja. Bagi pesakit yang lemah sistem imun pula haruslah di tempatkan di wad dan dirawat dengan ubat antiviral intravena.

Manakala pesakit dengan penyakit kayap di bahagian muka haruslah mendapat rawatan segera daripada pakar mata.

Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun keatas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.


Cadangan Supplemen dan Testimoni Shaklee untuk Penyakit Kayap





Nutriferon dapat meningkatkan sistem imun dengan membina antibodi dalam tubuh yang bertindak seperti askar di dalam tubuh. Ia juga melindungi tubuh agar dapat melawan penyakit dengan lebih kuat.




Garlic pula adalah anti virus semulajadi, anti bakteria dan meningkatkan sistem pertahanan badan daripada di jangkiti bakteria. Maka dengan pengambilan garlic adalah sangat membantu dalam merawat penyakit kayap ini. Tahukah anda bahawa, 2 biji Garlic Shaklee bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.

Testimoni 1 : 




Testimoni 2 :










Jika anda berminat dengan Nutriferon dan Garlic ini, boleh dapatkan maklumat lanjut dengan membuat pesanan disini 


whatsapp/pm/call Mie : 010.3694948


sedia membantu dengan memberi KONSULTASI secara percuma pada mereka yang ingin mencuba rangkaian vitamin shaklee.










 

0 ulasan: