Cara Merawat Kudis Buta Yang Berpunca Daripada Gigitan Kutu (Sarcoptes Scabiei)

Khamis, Jun 16, 2016 Mie Normi 3 Comments


Kudis Buta @ Scabies


Assalammualaikum. 

Hari nie Mie nak berkongsi dengan korang semua pasal penyakit kudis buta, ia berlaku apabila kulit menjadi gatal kesan daripada gigitan kutu yang di panggil Sarcoptes Scabiei. 

Tengok gambar dekat bawah tu, haaa tu la Sarcoptes Scabies kutu nie berbadan bulat dan mempunyai  lapan kaki yang panjang. Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, kemudian ia akan bertelor dan mati, telor tersebut akan menetas menjadi kutu dan ia akan hidup selama 30 hari.



Tengok gambar pun dah geli kan, cuba bayangkan kalau benda nie ada dekat kulit kita atau anak kita. Mengerikan je rasanya. Berbalik pada cerita kita tadi, kudis buta nie bukanlah tanda-tanda kita kurang menjaga kebersihan, akan tetapi ia cenderung berlaku di tempat-tempat yang sesak seperti asrama, rumah atau pusat asuhan.

Tanda-tanda dan Gejala Kudis Buta


1. Pesakit akan mengalami kegatalan pada kulit, terutama pada waktu malam dan juga selepas mandi
    air panas. Kegatalan terjadi adalah disebabkan alahan terhadap kutu tersebut

2. Mengalami tanda-tanda calar kesan daripada menggaru

3. Bintik Merah - seperti ruam terutama di kawasan tapak tangan dan kaki 

4. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (kesan daripada korekkan kutu)

Bahagian-bahagian yang senang di jangkiti 


  • Celah-celah jari
  • Tapak Tangan 
  • Bahagian dalam pergelangan tangan
  • Kawasan Kemaluan 
  • Punggung 
  • Sekitar pusat
  • Celah-celah ketiak
  • Siku 
  • Kaki dan buku lali

Kudis buta berjangkit atau tidak?


Ya. Kudis buta nie boleh berjangkt atau merebak melalui sentuhan kulit ke kulit dan juga melalui pakaian atau cadar yang telah dijangkiti 


Rawatan yang diperlukan pesakit kudis buta


Kudis buta boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang boleh membunuh kutu, Ianya berbentuk krim atau losyen yang disapu pada kulit. Antaranya adalah : 

  • Losyen benzyl benzoate
  • Losyen malathion 
  • Losyen atau krim crotamiton 
  • Losyen permethrin 
  • Krim Gamma benzene hexachloride
Ubat-ubatan ini disapu dari bahagian bawah dagu hingga ke hujung jari-jari kaki dan semua kawasan yang terlibat termasuklah kawasan celah-celah jari kaki, bawah kuku dan kemaluan 

Ubat ini disapu dan dibiarkan semalaman sebelum membilasnya pada esok pagi, rawatan ini perlu diambil 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor -->> sumber dari (KKM)

Untuk ingatan bersama, semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.

Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubat-ubatan yang dibekalkan untuk mengurangkan kegatalan perlu diteruskan untuk beberapa minggu.

Tindakan yang perlu diambil dalam merawat kudis buta 


Pakaian dan cadar orang yang telah dijangkiti perlu dibasuh dan direndam dengan air panas. Barang-barang yang tidak boleh dicuci perlu dimasukkan kedalam plastik bertutup dan disimpan selama 7 hari agar kutu dan telor-telornya mati.

Semua barang-barang dan peralatan dirumah perlu dicuci sebaiknya. Cadar dan pakaian boleh direndam dengan menggunakan basic H.  Kegatalan kulit juga boleh dirawat dengan herbal blend



  

PENTING !!

Elakkan menghantar kanak-kanak yang dijangkiti ke sekolah/tempat asuhan sehingga selesai 
tempoh rawatan agar ia tidak merebak kepada orang lain.




sms/whatsapp Mie : 010.3694948 














3 ulasan:

  1. memang tak best ni kalau kena kadis buta.

    BalasPadam
  2. eeee gelinya tgk kutu 2...yurkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kutu tu bleh nampak dengan mata kasar, agaknya memang lari terus la kan

      Padam