TIBI boleh bawa maut, cegah sebelum terlambat

Khamis, Jun 23, 2016 Unknown 0 Comments






PENYAKIT TIBI



  • Penyaki Tibi ini adalah sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut jika tidak dirawat


  • Tibi terjadi disebabkan oleh kuman Tibi Mycobacterium Tiberculosis


  • Kuman ini biasanya akan menjangkiti paru-paru tetapi ia juga boleh menyerang organ-organ penting lain seperti tulang, otak, kelenjar, kulit, buah pinggang dan sebagainya.


  • Kebanyakan orang yang dijangkiti, tidak akan mendapat penyakit Tibi kerana sistem pertahanan badan yang kuat menghalang jangkitan, tetapi kuman ini akan berada di dalam badan dalam keadaan tidak aktif

  • Jika sistem pertahanan badan terjejas atau menjadi lemah. Kuman Tibi yang ada dalam badan akan menjadi aktif dan membiak, ia menyebabkan jangkitan Tibi yang aktif.



Antara Faktor yang menyumbang kepada kemunculan penyakit ini adalah ;


  • Pendatang asing yang masuk secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.

  • Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana tidak terdedah tentang penyakit Tibi ini.




BAGAIMANA PENYAKIT TIBI MEREBAK



  • Penyakit Tibi boleh berjangkit melalui titisan cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman Tibi apabila pesakit Tibi paru-paru batuk, bercakap atau bersin.

  • Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini akan menghadapi risiko dijangkiti kuman Tibi

  • Penyakit Tibi diluar paru-paru (EPTB) tidak akan menjangkiti orang-orang disekelilingnya.



  

ANTARA TANDA-TANDA PENGHIDAP PENYAKIT TIBI



  • Batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu
  • Batuk berdarah atau berkahak
  • Susut berat badan 
  • Sakit dibahagian dada
  • Menggigil
  • Demam 

  • Lemah dan keletihan

  • Hilang selera makan
  • Berpeluh waktu malam


GOLONGAN YANG MUNGKIN DISERANG PENYAKIT TIBI


Tibi boleh menyerang semua orang, tidak kira kaum, bangsa atau umur, tetapi kumpulan yang berisiko tinggi adalah ;

  • Mereka yang kekurangan zat dan vitamin
  • Mereka yang dijangkiti AIDS (Virus HIV)
  • Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan penyakit Tibi yang tinggi


BAGAIMANA PENYAKIT TIBI DIKESAN



  • 1.    X-RAY


  • 2.    MANTOX TEST




KAEDAH RAWATAN PENYAKIT TIBI


Terdapat 4 jenis ubat yang khas yang sering digunakan untuk merawat penyakit Tibi. Ubat-ubat itu ialah:
  • Rifampicin (RIF)

  • Isoniazid (INH)

  • Pyrazinamide (PZA)

  • Ethambutol (EMB)

Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, pesakit diberi rawatan rapi dimana ia dikehendaki memakan ubat setiap hari yang disaksikan oleh Pengamal Perubatan (Doktor) atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.


Kemudian pada empat bulan seterusnya ia dikehendaki memakan ubat tiga kali seminggu, juga dibawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh di sembuhkan.

sumber rujukan


SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK PESAKIT TIBI


Ada beberapa vitamin yang boleh di syorkan kepada pesakit Tibi antaranya ;




Vivix
 
Resveratrol yang terkandung di dalam vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.

Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.

Ia juga membantu meningkatkan imunisasi tubuh.






Nutriferon

Membantu meningkatkan imuniti tubuh dengan mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.

Ia mampu mengurangkan / mengelakkan simptom alergi.


Testimoni pesakit Tibi 


0 ulasan:

Merawat Denggi Sebelum Ia Membawa Maut

Selasa, Jun 21, 2016 Unknown 0 Comments

Assalammualaikum

Sebut denggi nie teringat suami kena demam denggi setahun yang lalu, takut tengok hari-hari ambik darah tapi paltlet darah makin jatuh. Demam denggi nie dah la boleh bawa maut. Hari ni mie nak kongsi bagaimana merawat denggi sebelum ia membawa maut.


Apa itu Denggi?


Denggi nie adalah sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Pesakit yang dijangkiti virus denggi ini akan mengalami demam denggi. Demam denggi nie terbahagi kepada dua iaitu demam denggi biasa dan juga demam denggi berdarah atau sindrom renjatan denggi

Bagaimana demam denggi nie terjadi?


Vektor (pembawa) virus demam denggi ini adalah nyamuk Aedes aegypti dan Aeges albopictus. Nyamuk ini akan menghisap darah manusia yang dijangkiti (perumah) dan Nyamuk ini mampu menyebarkan penyakit ini dalam jangka masa 8-12 hari.

Virus ini akan berkembang di dalam kelenjar air liur nyamuk dan kemudiannya dipindahkan kedalam tubuh manusia yang sihat melalui gigitannya. Manakala nyamuk betina yang telah dijangkiti virus ini akan memindahkan virus tersebut di dalam telor seterusnya menjangkiti anak nyamuk yang baru menetas.

Virus yang telah memasuki tubuh manusia akan mengambil masa 3-7 hari untuk berkembang sebelum menunjukkan gejala demam denggi.

Tanda-tanda demam denggi


  1. Demam kuat secara mengejut
  2. Demam berterusan
  3. Sakit teruk pada bahagian tulang-tulang, otot sendi dan biji mata
  4. Ruam atau bintik merah di kulit
  5. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung serta gusi
  6. Sakit kepala
  7. Hilang selera makan 
  8. Muntah-muntah 
  9. Sakit perut
  10. gatal-gatal pada badan.

Perlu ingat ye, jika anda mengalami tanda-tandaseperti di atas adalah dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor. Sehingga kini masih belum ada lagi sebarang vaksin untuk demam denggi.

Macam-macam petua yang kita dengar untuk untuk sembuhkan demam denggi, antaranya adalah 100plus, air rebusan betik dan sup ketam. Demam Denggi juga sebenarnya boleh dirawat dengan pengambilan supplemen

Cadangan Supplemen untuk Demam Denggi




  • Nutriferon - berperanan dalam memberi signal kepada badan untuk menghasilkan antibodi semulajadi untuk melawan virus denggi. Nutriferon bertindak secara semulajadi dan ia selamat untuk badan kita


  • Vita C - Membantu kuatkan imunisasi badan kita


  • ESP - Diambil untuk memberi tenaga kepada kita, kerana pesakit denggi selalunya hilang selera makan. Ini menyebabkan badan kita lemah dan tidak bermaya

  • Performanc Drink (PD)- Berfungsi untuk mengembalikan dan menstabilkan kandungan air di dalam badan kita, PD ini seperti minuman 100plus juga yang membantu memberi tenaga kepada pesakit.

Ingin dapatkan supplemen untuk merawat denggi boleh w/a Mie : 010.3694948. Ikthiar sebelum terlambat 








0 ulasan:

Cara Merawat Kudis Buta Yang Berpunca Daripada Gigitan Kutu (Sarcoptes Scabiei)

Khamis, Jun 16, 2016 Unknown 3 Comments


Kudis Buta @ Scabies


Assalammualaikum. 

Hari nie Mie nak berkongsi dengan korang semua pasal penyakit kudis buta, ia berlaku apabila kulit menjadi gatal kesan daripada gigitan kutu yang di panggil Sarcoptes Scabiei. 

Tengok gambar dekat bawah tu, haaa tu la Sarcoptes Scabies kutu nie berbadan bulat dan mempunyai  lapan kaki yang panjang. Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, kemudian ia akan bertelor dan mati, telor tersebut akan menetas menjadi kutu dan ia akan hidup selama 30 hari.



Tengok gambar pun dah geli kan, cuba bayangkan kalau benda nie ada dekat kulit kita atau anak kita. Mengerikan je rasanya. Berbalik pada cerita kita tadi, kudis buta nie bukanlah tanda-tanda kita kurang menjaga kebersihan, akan tetapi ia cenderung berlaku di tempat-tempat yang sesak seperti asrama, rumah atau pusat asuhan.

Tanda-tanda dan Gejala Kudis Buta


1. Pesakit akan mengalami kegatalan pada kulit, terutama pada waktu malam dan juga selepas mandi
    air panas. Kegatalan terjadi adalah disebabkan alahan terhadap kutu tersebut

2. Mengalami tanda-tanda calar kesan daripada menggaru

3. Bintik Merah - seperti ruam terutama di kawasan tapak tangan dan kaki 

4. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (kesan daripada korekkan kutu)

Bahagian-bahagian yang senang di jangkiti 


  • Celah-celah jari
  • Tapak Tangan 
  • Bahagian dalam pergelangan tangan
  • Kawasan Kemaluan 
  • Punggung 
  • Sekitar pusat
  • Celah-celah ketiak
  • Siku 
  • Kaki dan buku lali

Kudis buta berjangkit atau tidak?


Ya. Kudis buta nie boleh berjangkt atau merebak melalui sentuhan kulit ke kulit dan juga melalui pakaian atau cadar yang telah dijangkiti 


Rawatan yang diperlukan pesakit kudis buta


Kudis buta boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang boleh membunuh kutu, Ianya berbentuk krim atau losyen yang disapu pada kulit. Antaranya adalah : 

  • Losyen benzyl benzoate
  • Losyen malathion 
  • Losyen atau krim crotamiton 
  • Losyen permethrin 
  • Krim Gamma benzene hexachloride
Ubat-ubatan ini disapu dari bahagian bawah dagu hingga ke hujung jari-jari kaki dan semua kawasan yang terlibat termasuklah kawasan celah-celah jari kaki, bawah kuku dan kemaluan 

Ubat ini disapu dan dibiarkan semalaman sebelum membilasnya pada esok pagi, rawatan ini perlu diambil 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor -->> sumber dari (KKM)

Untuk ingatan bersama, semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.

Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubat-ubatan yang dibekalkan untuk mengurangkan kegatalan perlu diteruskan untuk beberapa minggu.

Tindakan yang perlu diambil dalam merawat kudis buta 


Pakaian dan cadar orang yang telah dijangkiti perlu dibasuh dan direndam dengan air panas. Barang-barang yang tidak boleh dicuci perlu dimasukkan kedalam plastik bertutup dan disimpan selama 7 hari agar kutu dan telor-telornya mati.

Semua barang-barang dan peralatan dirumah perlu dicuci sebaiknya. Cadar dan pakaian boleh direndam dengan menggunakan basic H.  Kegatalan kulit juga boleh dirawat dengan herbal blend



  

PENTING !!

Elakkan menghantar kanak-kanak yang dijangkiti ke sekolah/tempat asuhan sehingga selesai 
tempoh rawatan agar ia tidak merebak kepada orang lain.




sms/whatsapp Mie : 010.3694948 














3 ulasan:

Panau Boleh di Rawat atau Tidak?? Elakkan Ia Berulang Lagi

Rabu, Jun 15, 2016 Unknown 0 Comments




Penyakit Panau


Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit, ia berpunca daripada kulat jenis Malassezia.

Kulat nie selalu akan terjadi pada bahagian yang banyak menghasilkan sebum (minyak) seperti dada, muka, belakang badan dan kulit kepala.

Kulat jenis Malassezia furfur nie adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan yang tertentu.

Rupa dan bentuk penyakit panau 


Bahagian badan pesakit akan mempunyai tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus.

    Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan adakalanya bercantum yang menyebabkan permukaan jangkitan menjadi luas.

    Sesetengah pesakit akan berasa gatal pada bahagian yang terlibat 

    Siapa yang berisiko mendapat panau?


    Panau boleh melibatkan semua umur, namun ia kerap berlaku di kalangan remaja dan belia.

    Pesakit yang kurang zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistematik dan immunosuppressant kerap mendapat panau.


    Pesakit hyperhidrosis atau peluh berlebihan juga berisiko mendapat penyakit ini.

    Panau bukanlah penyakit berjangkit dan ia kerap berlaku di kawasan tropika dengan kes setinggi 40%

    Bagaimana panau dirawat?


    Panau boleh dirawat dengan ubat sapu atau ubat makan. 

    Rawatan sistematik antikulat hanya diberikan kepada pesakit yang mempunyai panau yang teruk, panau yang berulang atau panau yang gagal dirawat dengan ubat sapu. Rawatan ini hanya boleh diberikan oleh doktor atau pakar kulit disebabkan risiko dan kesan sampingan ubat dan tindak balas ubat-ubatan lain.

    Panau boleh sembuh atau tidak?


    Penyakit panau ini boleh sembuh dengan rawatan yang tersebut di atas. Segelintir pesakit yang mempunyai tompok-tompok pada bahagian badan pesakit mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun untuk kembali normal.

    Ini bukan bermakna yang rawatan itu telah gagal. Kulat menghasilkan bahan kimia yang toksik dan menghalang fungsi sel-sel pigmen semasa jangkitan aktif, jadi ia mengambil masa untuk pulih


    Bagaimana untuk menggelakkan panau berulang?


    Kadar penyakit ini akan berulang adalah 60% pada tahun pertama. Losyen selenium suphide boleh digunakan sebulan sekali untuk mengelakkan panau daripada berulang. Kadang-kadang pengambilan ubat sistematik antikulat selama sehari atau sehingga tiga hari sebulan turut membantu

    Anda juga boleh mengamalkan supplemen yang dicadangkan seperti berikut untuk mengelakkan panau kembali berulang 


    Supplemen yang di cadangkan untuk merawat penyakit panau 



    1. Vitamin C - Ia membantu dalam meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kulat 



    2. Garlic Complex - Ia merupakan antibiotik semulajadi yang sangat berkesan dan dapat menghalang kulat dari tumbuh dan merebak pada kulit.




    3. Alfalfa Complex - Ia bertindak sebagai antik kulay dan memperbaiki keadaan kulit dengan berkesan dan juga sebagai anti radang.

    InsyaAllah dengan pengambilan supplemen yang dicadangkan ini dapat mengatasi masalah jangkitan kulat pada kulit, selain itu dengan pengambilan supplemen ini juga kulit akan makin berseri-seri bukan hanya masalah panau sahaja yang dapat diatasi.


    Anda ingin ikthiar dengan Set Panau Shaklee boleh whatsapp/sms/call 
     Mie : 010.3694948 untuk konsultasi
    Dapatkan set panau anda hari ini. 



    0 ulasan:

    Kaedah dan Rawatan Penyakit Kayap | Ketahui Rahsia Kayap Kering Dalam Masa 7 Hari

    Selasa, Jun 14, 2016 Unknown 0 Comments

    Assalammualaikum....


    Kayap oh kayap... apa tu kayap?? Haaaa.. kalau tak tau jom baca entry Mie kali nie ye, nak kongsi pasal penyakit kayap nie. Kaedah dan rawatan penyakit nie.

    Pernah ke anda terkena penyakit kayap? setengah orang tak pernah pun tengok kayap, betul tak? Kayap adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan.

    Risiko utama kayap terjadi adalah disebabkan umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab utama seperti jangkitan kuman dan kesan ubat-ubatan.

    Tahukah anda bahawa sepanjang hayat seseorang itu, lebih kurang 10%-30% akan menghidapi penyakit ini. Penyebab kepada penyakit ini adalah disebabkan oleh Virus Varicella Zoster yang aktif. Virus ini sebenarnya terjadi apabila seseorang itu menghidap penyakit cacar air (chickenpox). 

    Virus ini akan berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion) dan apabila sistem imun menjadi lemah, ia akan aktif semula serta ia akan menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf tersebut.

    Tanda dan Gejala Kayap


    Kayap akan menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja dan ia lazimnya melibatkan bahagian dada dan muka.

    Tanda awal penyakit nie adalah pesakit akan rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom ini terjadi sebelum tanda-tanda di kulit timbul. Kebanyakkan 80% pesakit akan mengalami simptom ini dan berterusan dari  3 hingga 5 hari.

    tompok-tompok kemerahan akan kelihatan pada bahagian urat saraf yang terlibat dan amat menyakitkan. Diikuti dengan timbulnya gelembong-gelembong kecil berisi air selepas 2/3 hari simptom ini terjadi.

    selepas 2 hari air tersebut akan menjadi keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering, kulit tersebut akan terjatuh dengan sendirinya selepas 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

    Komplikasi


    Komplikasi awal yang terjadi semasa adanya tanda-tanda pada kulit termasuklah jangkitan kuman. Gelembong-gelembong air tersebut juga akan merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya terjadi kepada pesakit yang lemah sistem imun. 

    Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuklah menjadi buta dan juga menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Perlu diingat ye, kayap juga akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak, jantung dan paru-paru.

    Bila tanda pada kulit telah sembuh , bahagian tersebut akan menjadi parut. Komplikasi lain yang terjadi adalah post herpetic nueralgia (kesakitan pada bahagian urat yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi ini selalunya terjadi kepada pesakit yang telah berusia. 

    Kaedah dan Rawatan Penyakit Kayap


    Rawatan ini dilakukan adalah untuk meredakan kesakitan, mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan mengelakkan komplikasi penyakit tersebut.

    Kaedah meredakan kesakitan pesakit adalah : 

    • Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air

    • Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac  


    • Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline

    Selalunya ubat-ubatan ini akan dibekalkan kepada pesakit untuk tempoh 1 minggu sahaja. Bagi pesakit yang lemah sistem imun pula haruslah di tempatkan di wad dan dirawat dengan ubat antiviral intravena.

    Manakala pesakit dengan penyakit kayap di bahagian muka haruslah mendapat rawatan segera daripada pakar mata.

    Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun keatas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.


    Cadangan Supplemen dan Testimoni Shaklee untuk Penyakit Kayap





    Nutriferon dapat meningkatkan sistem imun dengan membina antibodi dalam tubuh yang bertindak seperti askar di dalam tubuh. Ia juga melindungi tubuh agar dapat melawan penyakit dengan lebih kuat.




    Garlic pula adalah anti virus semulajadi, anti bakteria dan meningkatkan sistem pertahanan badan daripada di jangkiti bakteria. Maka dengan pengambilan garlic adalah sangat membantu dalam merawat penyakit kayap ini. Tahukah anda bahawa, 2 biji Garlic Shaklee bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.

    Testimoni 1 : 




    Testimoni 2 :










    Jika anda berminat dengan Nutriferon dan Garlic ini, boleh dapatkan maklumat lanjut dengan membuat pesanan disini 


    whatsapp/pm/call Mie : 010.3694948


    sedia membantu dengan memberi KONSULTASI secara percuma pada mereka yang ingin mencuba rangkaian vitamin shaklee.










     

    0 ulasan:

    Bagaimana Asma Kanak-Kanak Dirawat | Tiada Lagi Nebulizer

    Khamis, Jun 09, 2016 Unknown 1 Comments






    Apakah itu Serangan Asma?

    Serangan asma adalah satu keadaan yang berlaku dengan pantas yang menyebabkan sesak nafas, batuk, nafas berbunyi, dada merasa ketat atau gabungan semua gejala di atas. Gejala masalah sesak nafas menjadi bertambah teruk semasa serangan asma.

    Apakah tanda dan gejala serangan asma?
    Gejala asma boleh menjadi bertambah teruk dengan cepat. Gejala ini adalah berbeza antara satu sama lain. Semasa serangan asma, tanda dan gejala adalah termasuk:
    - Batuk dengan atau tanpa selesema.
    - Berkahak.
    - Bernafas dengan cepat.
    - Rasa ketat di dada
    - Nafas berbunyi

    Tanda amaran:
    - Batuk tanpa henti.
    - Nafas berbunyi yang teruk.
    - Sesak nafas yang teruk.
    - Sukar bercakap dalam ayat yang panjang.
    - Tidur yang tidak nyenyak.
    - Sakit dada.
    - Kulit menjadi pucat.
    - Tahap kesedaran menurun.
    - Bibir dan kuku menjadi kebiru-biruan.

    Bacaan peak flow adalah berguna bagi mengetahui tahap asma yang menyerang untuk kanak-kanak yang boleh melakukannya.


    Bagaimana mencegah serangan asma?

    - Ambil ubat sebagaimana arahan doktor.
    - Pesakit mesti sentiasa membawa ubat pelega pada setiap masa.
    - Elakkan terdedah kepada faktor pencetus.
    - Ambil ubat sebelum bersenam bagi mengelakkan serangan akibat     bersenam.
    - Buat bacaan peak flow seperti arahan doktor bagi kanak-kanak         yang boleh melakukannya.
    - Ambil ubat pelega apabila mengalami asma yang ringan.


    Jenis-jenis rawatan asma

    • Ubat Pencegah

    Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.

    • Ubat Pelega

    Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.

    • Ubat kawalan

    Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.

    • Pengambilan Supplemen



    Omega Guard
    - OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.



    - Dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.




    Mealshakes
    - Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap Sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan
    - Merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan

    Testimoni bebas asma dengan pengambilan Omega dan Mealshake


    Omega dan Mealshakes adalah pilihan terbaik untuk anak-anak anda. Ingin dapatkan set asma shaklee ini anda boleh hubungi Mie : 010.3694948 untuk konsultasi




    1 ulasan: