Resepi Sup IKAN HARUAN, Menu Ibu Berpantang

Ahad, Mei 01, 2016 Mie Normi 0 Comments

Assalammualaikum semua, hari nie nak syer sikit pasal menu berpantang nie dengan semua ok. Lain orang, lain menu berpantangnya betul tak?? Haaaaa nie la salah satu menu berpantang yang mak akan masak kalau anak-anak berpantang. SUP IKAN HARUAN tak semua orang boleh makan ikan haruan kan sebab kalau salah cara mencuci dan memasaknya memang hanyir la bau ikan tu.   

Jom tengok apa bahan-bahan yang perlu kita sediakan untuk memasak sup Ikan Haruan nie dan cara memasaknya sekali ;

Bahan-bahan :-
  1. Ikan Haruan (500gm) *dicuci dengan air asam jawa
  2. 3 inci Halia **  
  3. 2 ulas bawang merah **
  4. 2 ulas bawang putih **
  5. 3 batang serai (dititik) **
  6. Kulit kayu manis **
  7. Bunga lawang **
  8. Bunga Cengkih **
  9. Serbuk kunyit/ kunyit hidup **
  10. Asam keping **
  11. Minyak masak
  12. 500ml air 

Cara Memasak :-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang bertanda ** hingga naik bau dan bewarna kekuning-kuningan.
  2. Masukkan air, biarkan mendidih. Setelah mendidih masukkan ikan haruan yang telah dicuci bersih, tunggu sehingga ikan betul-betul masak masukkan garam dan juga bahan perasa.  
  3. Siap dihidang. 

Senang sangat nak masak Sup Ikan Haruan nie kan, selamat mencuba dan selamat berpantang


0 ulasan: