Kelebihan PURPLE CARROT dalam VIVIX yang perlu anda tahu

Selasa, Mei 10, 2016 Mie Normi 0 Comments



Lobak atau Carrot adalah sayur yang penuh dengan nutrisi dan ianya bagus untuk kesihatan. Tapi lobak nie ada banyak warna dan yang pastinya semua orang suka makan lobak, betul tak? anak-anak Mie pun suka makan lobak nie, untuk mata cantik katanya. Memang betul la untuk kesihatan mata sebab lobak nie mengandungi vitamin A yang sememangnya baik untuk mata. 

Hari nie Mie nak cerita tentang lobak, bukan lobak yang biasa kita makan tu tapi lobak unggu yang khasiatnya lebih banyak dan sangat luar biasa. Haaaa entry Mie kali nie adalah mengenai Kelebihan Purple Carrot dalam vivix yang perlu anda tahu.




Purple Carrot ni warna dia pelik sikit, tapi sebenarnya khasiatnya sangat banyak daripada lobak oren yang selalu Kita makan. Disebabkan khasiat yang luar biasa itulah purple carrot dipilih sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan supplemen terhebat keluaran shaklee. Pernah terfikir tak kenapa Shaklee nie pilih purple carrot tidak oren carrot. Nie la sebabnya, sebab Purple carrot mengandungi banyak nutrisi iaitu vitamin A & pythokimia termasuk carotenoid, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins & sesquiterpenes. Nutrisi ni sangat berkhasiat untuk tubuh kita.





Jawapan kenapa purple carrot dan bukan orange carrot??

  • Purple carrot mengandungi kepekatan anthocyanin yang tinggi iaitu 28 kali ganda lebih berbanding carrot biasa. Selain 2 kali ganda tahap beta-karotena. 


Mungkin ada yang tertanya-tanya Anthocyanin tu Apa Kan?

  • Anthocyanin merupakan sumber antioksida yang kuat dan ia didapati di dalam sayuran & buah-buahan yang berwarna Merah, Biru dan Unggu. Jadi anthocyanin Ini Hanya didapati dalam sayuran & buah-buahan daripada 3 warna ini sahaja.


Apa kelebihan purple carrot ni untuk kesihatan kita


  • 1~ Antioksida

Antioksida yang terdapat dalam purple carrot penting untuk melindungi sel badan kita daripada "berkarat" yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit datang. Ia juga penting untuk menghalang radikal bebas yang berbahaya hadir ke tubuh kita.

  •  2~ Anti Radang

Mempunyai sifat anti radang yang tinggi. Disebabkan itu ia bagus untuk melegakan arthritis @ sakit sendi

  • 3~ Anti Carcinogen

Sifat anti carcinogen purple carrot membantu mengurangkan risiko kanser. Bagi penyakit kanser, ia Boleh membantu tubuh untuk Melawan kanser.

Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pemakanan & Sains Makanan Universiti Maryland telah menguji kesan Anthocyanin Daripada pelbagai sumber didapati bahawa anthocyanin mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser kolon. Kajian juga mendapati purple carrot mengandungi lutein, karotenoid melindungi tubuh dari kanser kolon.

  • 4~ Melindungi kualiti kesihatan mata

Makanan yang Kaya dengan anthocyanin seperti lobak Unggu Boleh membantu meningkatkan kesihatan mata anda. Kajian menunjukkan bahawa anthocyanin membantu dari segi meningkatkan penglihatan mata pada waktu malam, meningkatkan peredaran dalam kapilari retina.

Lutein dalam lobak Unggu juga berfungsi untuk melindungi kualiti mata & ia digelar "vitamin mata". Lutein biasanya digunakan dalam rawatan pencegahan masalah atau kemerosotan mata seperti katarak & retinitis pigmentosa.

  • 5~ Antiviral, antiseptic & anti microbial

Ia sangat bagus untuk Melawan virus & bakteria yang mudah berjangkit dan mudah merebak seperti flu, campak & jangkitan dalaman seperti jangkitan pada salur kencing, mulut dan perut.

  • 6~ Memperbaiki kesihatan vascular

Kandungan vitamin A yang tinggi dalam lobak Unggu membantu untuk meningkatkan sistem imun & menghalang lemak ke arteri Kita.


Semua tahu Kan? Kalau lemak sampai ke arteri , arteri kita akan tersumbat maka terjadinya sakit jantung, jantung tersumbat dan macam-macam penyakit lain. Jadi bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung sangat disarankan untuk mengambil Vivix.


Nak tahu tak akar purple carrot ni pun mempunyai banyak khasiat tau! Dulu akar purple carrot ni  digunakan untuk merawat usus, masalah penghadaman, masalah tonsil dan sembelit. Subahanallah hebatkan ciptaan Allah, keseluruhan sayur boleh guna dan sangat berkhasiat. 






Sampai disini sahaja, semoga bermanfaat ye, berjumpa lagi kita di entry yang lain. Info lanjut boleh la hubungi talian 010.3694948 / emel ke mimie0586@gmail.com. Untuk kesihatan yang berpanjangan jom amalkan VIVIX.

 "Satu Hari Sesudu Vivix"
" Satu Rumah Sebotol Vivix"







0 ulasan: