Kelebihan ANGGUR MUSCADINE dalam VIVIX yang perlu anda tahu

Isnin, Mei 02, 2016 Mie Normi 2 Comments


Anggur Muscadine!! Buah apa tu?? Macam mana rupa buah anggur nie?? Apa kelebihan Anggur Muscadine nie?? Ha banyak betul soalan yang kita nak tanya mengenai Anggur Muscadine nie betul tak, saiznya adalah sebesar bola golf dan anggur nie ada dalam kandungan VIVIX. Meh kita tengok dulu macam mana rupa Anggur Muscadine nie.

Anggur Muscadine yang bersaiz sebesar bola golf

Dalam entry kali nie, Mie nak syer tentang kelebihan Anggur Mucsadine nie. Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya ia mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan yang ia mempunyai ciriciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria.  

Anggur Muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Saiz daripada anggur muscadine adalah sebesar bola golf. Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, cahaya matahari yang kuat ia mengandungi banyak polifenol dan resvetrol. Ini membuatkan ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan.


Kelebihan Anggur Muscadine yang perlu anda tahu dan ianya terdapat dalam kandungan VIVIX 


Antioksidan & Tingkatkan Sistem Imun
~ anggur muscadine mengandungi ellagic acid yang mampu menyekat penghasilan sel kanser.
~ Mengandungi 2 kali ganda lebih vitamin C.
~ 35 biji anggur muscadine memberikan 14 miligram antiosidan @ 23% nilai harian yang dicadangkan untuk diet 2,000 kalori.
Penghadaman
~ 35 biji anggur ini memberikan 105 kalori dan 7 gram serat.
~ tinggi dengan kandungan serat larut, membantu penghadaman dan mencegah sembelit, haemorrhoids dan diverticulitis.
~ sebiji anggur muscadine bersamaan dengan serat yang terkandung dalam 5 biji anggur tanpa biji yang biasa.

Diet Tinggi Serat & Pengurusan Berat Badan
~ Makanan rendah kalori dan membantu untuk kita dapat dan kekalkan berat badan yang sihat.
~ Kaya dengan serat dan air, dua kandungan yang membantu membuatkan kita rasa kenyang tanpa menambahkan kalori.  
~ Rasa kenyang lebih lama
~ boleh membantu untuk elakkan kita daripada makan makanan manis juga mengelakkan kita daripada mengambil makanan yang tinggi kalori.
~ pengambilan gula tambahan yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan, tekanan darah tinggi dan paras kolestrol tidak sihat.
Melawan Penyakit Kronik 
~ mengandungi antioksida yang tinggi & phytokimia yang membantu untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.
~ dapat menurunkan risiko penyakit jantung, kanser, Alzheimer (nyanyuk) dan penyakit kronik yang lain.







Perbandingan Anggur Muscadine VS anggur biasa
***********************************************
Sebiji anggur Muscadine bersamaan dengan 5 biji anggur tanpa biji dari segi kandungan FIBER.

Ia membantu masalah penghadaman, sembelit dan buasir labih cepat dari anggur biasa.

Kandungan fibernya yang tinggi membuatkan kenyang lebih lama, bagus untuk mereka yang nak berdiet.

Lebih tinggi antioksidan berbanding anggur biasa. Mencegah pembentukan sakit jantung dan Alzheimer.

Ia mengandungi alegic acids. Apa itu alegic acids nie? Ia boleh menghalang pembentukan sel kanser mengikut kajian yang dibuat oleh American Institute for Cancer Research.

Mengandungi 2x lebih vitamin C dari anggur biasa.

Semoga dengan penerangan di atas anda semua lebih jelas dan memahami info mengenai Anggur Muscadine yang terdapat dalam kandungan Vivix. Dalam entry yang lain, mie akan berkongsi info mengenai bahan lain yang ada dalam vivix ye, Vivix terhasil daripada 4 jenis bahan iaitu Muscadine Grape, Pruple Carrot, Elderberry dan juga Polygonum Cuspidatum. 


Hubungi saya di talian 010.3694948 / emel mimie0586@gmail.com untuk maklumat lanjut 








2 ulasan: