PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

Jumaat, September 25, 2015 Mie Normi 2 Comments

Assalammualaikum semua, tiba-tiba je hari nie rasa macam nak kongsi dengan semua macam mana pengalaman bersalin anak pertama dulu. 4 tahun sudah berlalu, tapi masih rasa macam baru saja keluar dari dewan bersalin. Pengalaman yang indah bagi semua wanita yang akan bergelar ibu selepas 9 bulan mengandung.


TARIKH JANGKAAN BERSALIN TERLEPAS @ OVERDUE

Tanggal 25 Julai 2011 tarikh jangkaan bersalin Mie masa tu, macam ibu-ibu mengandung yang lain juga la berdebar-debar tunggu. Disebabkan masih tak ada tanda-tanda nak bersalin dan tarikh jangkaan sudah sampai jadi kena la 'lapor' diri ke hospital. Masa tu perasaan sangat takut, sebab kalau boleh tak nak kena paksa bersalin, teringin nak rasa sakit bersalin yang betul daripada kena paksa @induce.

Bila dah sampai hospital doktor buat pemeriksaan bukaan pintu rahim dan juga air ketuban, jika laluan jalan masih belum ada dan air ketuban cukup ukurannya maka tarikh jaangkaan bersalin akan ditambah lagi 1 minggu. Masa tu berdoa sangat agar tiada masalah dan dipermudahkan, hasil pemeriksaan bukaan pintu rahim baru 3cm dan air ketuban masa tu 7 je dan sepatutnya bacaan normal adalah 15. Menurut doktor yang bertugas masa tu, kalau air ketuban berlebihan pun tak boleh jugak sebab boleh menyebabkan bayi terlilit tali pusat dan bayi berisiko lemas sebelum bersalin. 

Jadi kesimpulannya, kena la bermalam dekat hospital sehingga bersalin, masa tu sangat takut bila doktor cakap kalau air ketuban kurang lagi dari 7 maka kena la masuk ubat paksa bersalin. Masa tu suami telah diminta untuk membuat pendaftaran kemasukan wad. Apa lagi, perasaan takut pun menjelma dalam hati ni sebab kena duduk sorang tanpa encik suami. Kena pulak katil kiri kanan semua kosong.


CERITA DI WAD BERMULA  


26 Julai 2011 - Dari pukul 3 pagi sampai pukul 8 pagi, ramai sangat masa tu ibu-ibu mengandung yang daftar masuk wad, semuanya sudah ada tanda-tanda nak bersalin, dekat wad masa tu ada 8 katil semua berpenghuni. Jadi masa tu Mie ambil peluang la bersembang dengan ibu-ibu yang ada dekat situ, ada juga yang dah ada pengalaman bersalin sebelum nie.

Pukul 10 pagi semua yang ada dekat situ kena buat lagi pemeriksaan bukaan rahim. Masa tu doktor buat keputusan 6 orang ibu yang ada dekat situ perlu masuk ubat untuk paksa bersalin sebab semuanya dah ada tanda bersalin tapi laluan bukaan rahim masih belum ada. Mie pulak time tu jalan dah buka 4 cm, tambah 1 cm saja dari semalam, Alhamdulillah tak perlu induce, sebab keadaan Mie dan bayi masih ok masa tu, jadi masih boleh tunggu proses bukaan jalan secara normal.

Disebabkan masih tak rasa sakit, selera makan pun ok sangat, en.suami jadi mangsa buli la runner untuk memenuhi keinginan tekak ku ini....hehehehehehe (kononnya nak makan puas-puas sebelum pantang)



CERITA DI DEWAN BERSALIN 

Pukul 6 petang sekali lagi kena periksa bukaan rahim, masa tu dah buka 5cm, jadi doktor buat keputusan dah boleh masuk bilik bersalin, masa tu tak ada langsung rasa sakit nak bersalin. Masih boleh gelak2 lagi. Bila melangkah masuk bilik bersalin baru la rasa berdebar-debarnya takut. Baru je duduk atas katil dalam 10 minit, tiba-tiba ada kes kecemasan, ada ibu yang sakit tersangat-sangat la nak bersalin masa tu.

Jadi Mie kena keluar dari dewan bersalin dan masuk wad biasa semula, sebab dewan bersalin penuh, Rasa macam kelakar sangat la masa tu, disebabkan masuk balik ke wad biasa perut nie pun mula la rasa lapar balik. Jadinya order la plak koew teow goreng dengan en suami, baru je sampai makanan nurse dah panggil masuk balik dewan bersalin, tapi boleh pulak masa tu minta izin dengan nurse nak makan dulu.... heheheheehhee (ambil peluang tenangkan diri sebab takut)

Perkara pertama masuk dalam bilik bersalin, doktor akan check semula bukaan rahim, masa tu masih 5cm lagi. Selepas check jalan doktor pun pecahkan air ketuban dan semasa tu jugak alat yang digunakan telah terkena kepala baby, jadi rasa la baby bergerak macam sakit masa tu. Risau gak la masa tu tapi Mie hanya mampu berdoa pada Allah agar semuanya lancar. Alhamdulillah akhirnya bukaan rahim telah mencapai 10cm tanpa rasa sakit pun masa tu.

Sebenarnya hampir 10 jam jugak la tunggu bukaan rahim sampai 10cm dan untuk pengetahuan korang mie sampai tertidur la disebabkan keletihan menunggu. Masa tertidur tu tiba-tiba nurse kejutkan "mama jalan dah buka 10cm dah ye, boleh la teran bersalin". Masa tu terfikir kejap, macam mana nak teran nie, tak sakit pun nak bersalin.

Tenangkan fikiran kejap dan ingat balik cara-cara bersalin yang Mie pernah baca sebelum nie, Masa proses tu baru la rasa sakit baby nak keluar. Alhamdulillah selamat sudah bersalin bayi lelaki dengan berat 3.55kg pada subuh 27 Julai 2011. Lepas bayi keluar doktor akan potong tali pusat, masa tu baru la dengar suara tangisan bayi, uri dikeluarkan serentak. Proses seterusnya adalah jahitan tempat luka diteruskan dengan suntikan untuk kecutkan rahim diberikan kepada ibu. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Ya Allah bersyukur sangat semuanya berjalan dengan lancar.


Contoh bilik@dewan bersalin
PENGORBANAN DAN SOKONGAN ENCIK SUAMI

Terima Kasih yang teramat sangat buat encik suami, sepanjang Mie berada di hospital menanti saat kelahiran, selama itu juga la encik suami berkampung di hospital, hanya tidur di ruang menunggu bertemankan nyamuk dan sentiasa menanti-nanti panggilan dari hospital untuk menyambut orang baru. Alhamdulillah syukur dikurniakan insan seperti encik suami. Sebenarnya semangat seorang isteri ni akan lebih kuat jika semangat itu datangnya dari suami dan kasih sayang antara suami isteri akan lebih bermakna..... (Love U Encik Suami)

 
PANDUAN BERSALIN / TEKNIK MENERAN

Sebelum terlupa, meh nak kongsi dengan semua teknik meneran untuk mudahkan proses bersalin. InsyaAllah buat semua nie beserta DOA akan mudahkan proses semasa bersalin.

  1. Baring dengan lutut berlipat dan kedua-dua belah kaki terbuka 
  2. Angkat kepala dan dagu cecah dada
  3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  4. Tangan pegang buku lali kaki 
  5. Masa meneran jangan keluarkan suara 
  6. Masa meneran jangan angkat punggung
  7. Baca BISMILLAH @ apa-apa doa yang terlintas difikiran 
  8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak bagi oksigen pada baby)

Semoga perkongsian dan pengalaman yang Mie kongsi di sini dapat membantu menambahkan sedikit ilmu buat ibu-ibu yang bakal menimang Cahaya Mata.


Sharing With Love

Set Penyusuan Saya

Tips Tambah Susu Badan







2 ulasan: