INFUSED DETOX WATER : Pilihan Ramai Untuk Kurus

Isnin, Januari 12, 2015 Mie Normi 2 Comments

Assalammualaikum semua... 

Entry kali nie mie tertarik nak bercerita mengenai INFUSED DETOX WATER. Dalam entry kali nie mie nak kebaikan dan cara membuat air detoks nie. Ramai yang kurang gemar minum air kosong walhal air kosong sangat bagus untuk kesihatan tubuh kita. Ramai yang gemar minum air yang berperisa, tetapi yang menjadi pilihan ramai sekarang adalah INFUSED DETOX WATER atau lebih dikenali sebagai Air Detoks, air ini adalah merupakan air kosong dengan rendaman buah-buahan, daun herba atau madu. Air ini menjadi pilihan ramai bagi yang nak kurus. Nak tahu lebih lanjut mengenai air nie, hari nie mie akan kongsi sedikit info mengenai air detoks nie.

ANTARA KEBAIKAN AIR DETOKS
  • Meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman
  • Membantu membuang air dengan lebih kerap dan mengelakkan sembelit
  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien 
  • Meningkatkan fokus
  • Permulaan yang baik untuk kurus 
  • Mengurangkan Risiko barah usus
  • Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah 
  • Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan 

8 JENIS CAMPURAN AIR DETOKS & KHASIAT

1. OREN + LEMON + HALIA 

~ Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.

2. TIMUN + RASPBERI DAN ANGGUR

 ~ Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

3. RHUBARB + EPAL DAN KULIT KAYU MANIS

~ Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

4. STRAWBERI + LIMAU

~ Strawberi penuh dengan anti oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku 

5. NANAS + DAUN PUDINA

~ Nanas merupakan bahan anti radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan 

6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU

~ Ia bagus untuk membakar lemak, pengahadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut

7. STRAWBERI + KIWI

~ Bagus untuk kardiovaskular, pelindungan usus dan kitaran gula dalam darah 

8. TIMUN + LIMAU + LEMON

~ Sesuai bagi mengawal nafsu makan, penghidratan, elak kembung dan kekal kurus 



beberapa contoh air detoks



CARA-CARA MEMBUAT AIR DETOKS

  • Potong bahan-bahan mengikut citarasa 
  • Letakkan potongan tersebut di bahagian jar, kemudian tambahkan ais di atas potongan bahan tersebut 
  • Masukkan air sehingga penuh 1 liter dan tutup
  • Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais

Semoga apa yang mie telah kongsikan dalam entry kali nie dapat membantu menambah ilmu kita semua mengenai air detoks nie, lepas nie boleh la cuba buat air detoks nie ye. Harap ilmu yang diperolehi, dapatlah dimanfaatkan dan dikongsi bersama. 



Anda mungkin juga meminati :



Hubungi saya di talian 019 4717298 (mie), daftar sebagai Ahli sekarang dan nikmati kelebihan dan penjimatan yang sangat berbaloi




Kelebihan Menjadi Pelanggan Mamalifna dan Mendaftar sebagai Ahli 
- anda layak mendapat service perkhidmatan yang terbaik 
- anda layak mendapat Free Konsultasi
- anda akan di masukkan kedalam Group Support telegram/whatsapp
- anda akan dibimbing ke dalam Group Biz dari A to Z
 

2 ulasan: