Pengedar Shaklee di Perlis | Kawasan KANGAR, ARAU dan KUALA PERLIS

Isnin, Disember 28, 2015 Unknown 1 Comments



Salam sayang dan Selamat pagi semua ....

Pong, pong, pooonnnnggggg.... pagi nie nak info sikit, hehehehehe dah macam iklan promosi ye. Mie nak info sesiapa yang inginkan produk Shaklee di sekitar Negeri Perlis, kawasan kangar, arau, simpang empat dan kuala perlis, anda boleh hubungi nombor nie ye 010-3694948 (call/sms/whatsapp/telegram).

Nak set kurus/ set ibu mengandung/ set pantang/ set menyusu roger je cepat-cepat okey. Penghantaran sehingga ke depan pintu rumah semua, InsyaAllah perkhidmatan terbaik akan diberikan.

Bagi sesiapa yang inginkan lebih penjimatan boleh la mendatar sebagai ahli, banyak kelebihan menjadi Ahli nie, Kalau anda semua nak tau segala urusan pembelian/ pendaftaran semuanya secara online dah sekarang nie, dah mudah dah sekarang nie, segala urusan hanya di alam maya sahaja. Urusan pembelian hanya di hujung jari.




============================================

Jika anda ingin membuat pembelian secara online 
menggunakan kad kredit/kad debit anda sendiri 
klik link di bawah :

E-SELL


pihak Shaklee akan membuat penghantaran terus ke 
rumah/pejabat anda
============================================


Inginkan pembelian secara Cash On Delivery (COD)
hubungi saya secara sms/whatsapp/telegram 

Pn. Mie 010.3694948


Pengedar Shaklee Kawasan Kangar/Arau/K.Perlis dan Simpang Empat
perkhidmatan penghantaran barang secara pos 
ke Semenanjung/ Sabah & Sarawak
 juga disediakan


============================================


Ingin mendaftar sebagai Ahli, 
Yuran keahlian hanya sekali seumur hidup  
klik link di bawah :

Pendaftaran Ahli


Jika anda mendaftar keahlian dan ingin menambah pendapatan dengan Shaklee,  Coaching dan mentoring akan disediakan.

Jika mendaftar sebagai ahli hanya untuk makan sendiri, anda akan menikmati penjimatan sehingga 15%-25% bagi setiap pembelian produk Shaklee.


============================================




1 ulasan:

PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN PUTRAJAYA | COD ( Cash On Delivery)

Selasa, Oktober 20, 2015 Unknown 1 Comments

Salam sayang semua....


Hari nie Mie nak buat hebahan sikit untuk semua, jika anda semua ingin dapatkan stok Vitamin Shaklee anda secara terus boleh hubungi Mie ye. Cash on Delivery!!!

Setengah orang tak suka penghantaran secara pos nie atau pun mungkin selalu tiada dekat rumah, jadi lebih berpuashati jika dapat vitamin secara direct. Jadi tak perlu tunggu lagi anda boleh terus hubungi Pengedar Sah Shaklee Anda (Mie) di talian 010-3694948.


Kenapa agaknya perlu cari saya ye, kerana saya menyediakan perkhidmatan yang terbaik, InsyaAllah. Penghantaran segera sampai ke muka pintu anda seperti yang di inginkan, anda akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan secara PERCUMA. Dan jika anda ingin menjadi AHLI SHAKLEE di bawah naungan saya, anda akan di beri Konsultasi secara percuma seumur hidup tau...




So bagi anda yang masih tercari-cari pengedar shaklee secara Cash On Delivery terus hubungi saya okey. Bagi mereka yang berada di kawasan Cyberjaya, Dengkil, Bangi dan Kajang anda juga boleh hubungi saya ye. Yang pastinya segala perkhidmatan yang terbaik untuk anda. InsyaAllah



" Dengan pendaftaran keahlian dan pembelian produk serendah RM27 sahaja, anda berpeluang mendapat vitamin secara PERCUMA yang bernilai RM80 "
PERHATIAN!!!! 
Tawaran hanya SAH sehingga 31 Oktober 2015 sahaja 


1 ulasan:

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

Jumaat, September 25, 2015 Unknown 2 Comments

Assalammualaikum semua, tiba-tiba je hari nie rasa macam nak kongsi dengan semua macam mana pengalaman bersalin anak pertama dulu. 4 tahun sudah berlalu, tapi masih rasa macam baru saja keluar dari dewan bersalin. Pengalaman yang indah bagi semua wanita yang akan bergelar ibu selepas 9 bulan mengandung.


TARIKH JANGKAAN BERSALIN TERLEPAS @ OVERDUE

Tanggal 25 Julai 2011 tarikh jangkaan bersalin Mie masa tu, macam ibu-ibu mengandung yang lain juga la berdebar-debar tunggu. Disebabkan masih tak ada tanda-tanda nak bersalin dan tarikh jangkaan sudah sampai jadi kena la 'lapor' diri ke hospital. Masa tu perasaan sangat takut, sebab kalau boleh tak nak kena paksa bersalin, teringin nak rasa sakit bersalin yang betul daripada kena paksa @induce.

Bila dah sampai hospital doktor buat pemeriksaan bukaan pintu rahim dan juga air ketuban, jika laluan jalan masih belum ada dan air ketuban cukup ukurannya maka tarikh jaangkaan bersalin akan ditambah lagi 1 minggu. Masa tu berdoa sangat agar tiada masalah dan dipermudahkan, hasil pemeriksaan bukaan pintu rahim baru 3cm dan air ketuban masa tu 7 je dan sepatutnya bacaan normal adalah 15. Menurut doktor yang bertugas masa tu, kalau air ketuban berlebihan pun tak boleh jugak sebab boleh menyebabkan bayi terlilit tali pusat dan bayi berisiko lemas sebelum bersalin. 

Jadi kesimpulannya, kena la bermalam dekat hospital sehingga bersalin, masa tu sangat takut bila doktor cakap kalau air ketuban kurang lagi dari 7 maka kena la masuk ubat paksa bersalin. Masa tu suami telah diminta untuk membuat pendaftaran kemasukan wad. Apa lagi, perasaan takut pun menjelma dalam hati ni sebab kena duduk sorang tanpa encik suami. Kena pulak katil kiri kanan semua kosong.


CERITA DI WAD BERMULA  


26 Julai 2011 - Dari pukul 3 pagi sampai pukul 8 pagi, ramai sangat masa tu ibu-ibu mengandung yang daftar masuk wad, semuanya sudah ada tanda-tanda nak bersalin, dekat wad masa tu ada 8 katil semua berpenghuni. Jadi masa tu Mie ambil peluang la bersembang dengan ibu-ibu yang ada dekat situ, ada juga yang dah ada pengalaman bersalin sebelum nie.

Pukul 10 pagi semua yang ada dekat situ kena buat lagi pemeriksaan bukaan rahim. Masa tu doktor buat keputusan 6 orang ibu yang ada dekat situ perlu masuk ubat untuk paksa bersalin sebab semuanya dah ada tanda bersalin tapi laluan bukaan rahim masih belum ada. Mie pulak time tu jalan dah buka 4 cm, tambah 1 cm saja dari semalam, Alhamdulillah tak perlu induce, sebab keadaan Mie dan bayi masih ok masa tu, jadi masih boleh tunggu proses bukaan jalan secara normal.

Disebabkan masih tak rasa sakit, selera makan pun ok sangat, en.suami jadi mangsa buli la runner untuk memenuhi keinginan tekak ku ini....hehehehehehe (kononnya nak makan puas-puas sebelum pantang)



CERITA DI DEWAN BERSALIN 

Pukul 6 petang sekali lagi kena periksa bukaan rahim, masa tu dah buka 5cm, jadi doktor buat keputusan dah boleh masuk bilik bersalin, masa tu tak ada langsung rasa sakit nak bersalin. Masih boleh gelak2 lagi. Bila melangkah masuk bilik bersalin baru la rasa berdebar-debarnya takut. Baru je duduk atas katil dalam 10 minit, tiba-tiba ada kes kecemasan, ada ibu yang sakit tersangat-sangat la nak bersalin masa tu.

Jadi Mie kena keluar dari dewan bersalin dan masuk wad biasa semula, sebab dewan bersalin penuh, Rasa macam kelakar sangat la masa tu, disebabkan masuk balik ke wad biasa perut nie pun mula la rasa lapar balik. Jadinya order la plak koew teow goreng dengan en suami, baru je sampai makanan nurse dah panggil masuk balik dewan bersalin, tapi boleh pulak masa tu minta izin dengan nurse nak makan dulu.... heheheheehhee (ambil peluang tenangkan diri sebab takut)

Perkara pertama masuk dalam bilik bersalin, doktor akan check semula bukaan rahim, masa tu masih 5cm lagi. Selepas check jalan doktor pun pecahkan air ketuban dan semasa tu jugak alat yang digunakan telah terkena kepala baby, jadi rasa la baby bergerak macam sakit masa tu. Risau gak la masa tu tapi Mie hanya mampu berdoa pada Allah agar semuanya lancar. Alhamdulillah akhirnya bukaan rahim telah mencapai 10cm tanpa rasa sakit pun masa tu.

Sebenarnya hampir 10 jam jugak la tunggu bukaan rahim sampai 10cm dan untuk pengetahuan korang mie sampai tertidur la disebabkan keletihan menunggu. Masa tertidur tu tiba-tiba nurse kejutkan "mama jalan dah buka 10cm dah ye, boleh la teran bersalin". Masa tu terfikir kejap, macam mana nak teran nie, tak sakit pun nak bersalin.

Tenangkan fikiran kejap dan ingat balik cara-cara bersalin yang Mie pernah baca sebelum nie, Masa proses tu baru la rasa sakit baby nak keluar. Alhamdulillah selamat sudah bersalin bayi lelaki dengan berat 3.55kg pada subuh 27 Julai 2011. Lepas bayi keluar doktor akan potong tali pusat, masa tu baru la dengar suara tangisan bayi, uri dikeluarkan serentak. Proses seterusnya adalah jahitan tempat luka diteruskan dengan suntikan untuk kecutkan rahim diberikan kepada ibu. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Ya Allah bersyukur sangat semuanya berjalan dengan lancar.


Contoh bilik@dewan bersalin
PENGORBANAN DAN SOKONGAN ENCIK SUAMI

Terima Kasih yang teramat sangat buat encik suami, sepanjang Mie berada di hospital menanti saat kelahiran, selama itu juga la encik suami berkampung di hospital, hanya tidur di ruang menunggu bertemankan nyamuk dan sentiasa menanti-nanti panggilan dari hospital untuk menyambut orang baru. Alhamdulillah syukur dikurniakan insan seperti encik suami. Sebenarnya semangat seorang isteri ni akan lebih kuat jika semangat itu datangnya dari suami dan kasih sayang antara suami isteri akan lebih bermakna..... (Love U Encik Suami)

 
PANDUAN BERSALIN / TEKNIK MENERAN

Sebelum terlupa, meh nak kongsi dengan semua teknik meneran untuk mudahkan proses bersalin. InsyaAllah buat semua nie beserta DOA akan mudahkan proses semasa bersalin.

  1. Baring dengan lutut berlipat dan kedua-dua belah kaki terbuka 
  2. Angkat kepala dan dagu cecah dada
  3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  4. Tangan pegang buku lali kaki 
  5. Masa meneran jangan keluarkan suara 
  6. Masa meneran jangan angkat punggung
  7. Baca BISMILLAH @ apa-apa doa yang terlintas difikiran 
  8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak bagi oksigen pada baby)

Semoga perkongsian dan pengalaman yang Mie kongsi di sini dapat membantu menambahkan sedikit ilmu buat ibu-ibu yang bakal menimang Cahaya Mata.


Sharing With Love

Set Penyusuan Saya

Tips Tambah Susu Badan







2 ulasan:

ADVANCE JOINT HEALTH COMPLEX MEMBANTU KESIHATAN SENDI

Ahad, Mei 17, 2015 Unknown 2 Comments



Salam semua, apa yang anda semua tahu pasal Advance Joint Health Complex (AJHT) nie. Hari nie mie nak kongsi dengan semua mengenai AJHT ok.
  AJHT mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5+ hari - hampir 28% lebih pantas dari yang di dakwa oleh satu jenama terkemuka! 

Ramuan yang dirumuskan secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal :
  • Menggalakkan Mobiliti 
  • Meningkatkan fleksibiliti 
  • Meningkatkan Fungsi Sendi 
  • Menyokong Kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang  
Juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas seperti zinc, kuprum, manganese, dan vitamin C - setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal didalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

Tidak seperti kebanyakkan supplemen kesihatan sendi, New Advance Joint Health Complex tidak mengandungi kondroitin, satu bahan yang terbukti di dalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. AJHT adalah 100% bebas kekerang dan 100% vegetarian - tidak langsung mengandungi sumber haiwan.


Apakah perbezaan diantara Sendi yang Sihat dan Sendi yang Stres?


Sendi Yang Sihat

AJHT membantu sendi sihat dalam 3 cara :
  1. Meningkatkan cushioning : Glukosamin membantu memelihara rawan-cushioning perlindungan di antarasendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas.
  2. Memelihara tisu perhubungan yang sihat; zink, kuprum, manganaese dan lain-lain komponen tisu perhubungan yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi.
  3. Meningkatkan keselesaan sendi : Ekstrak Boswelia pantas membantutkan mekanisma respons stres tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.
 
Sendi Yang Stres

Kesan stress berterusan, kerja terlalu kuat, haus dan lusuh biasa pada sendi :
  1. Rawan menjadi lemah dan rapuh 
  2. Tisu penghubung sekeliling terurai
  3. Geseran berlaku antara tulang-tulang, mengeluarkan kimia yang menyerang rawan, menyebabkan ketidakselesaan dan mobility yang terhad
 
 Ciri - Ciri AJHT
  1. 100% bebas kekerang 
  2. 100% vegetarian 
  3. 100% bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
  4. Hanya 2 tablet diperlukan sehari
  5. Tablet yang mudah ditelan
  6. Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet
  7. Bebas gluten
Jika anda mempunyai masalah kesihatan Sendi, anda boleh la cuba AJHT nie ye, banyak manfaat AJHT untuk kesihatan sendi kita, pastikan AJHT menjadi teman sendi anda. Ingin dapatkan AJHT untuk keluarga tersayang anda boleh membuat pembelian sendiri melalui link yang tertera dibawah atau boleh juga hubungi mie untuk dapatkan AJHT anda.

 
Dapatkan AJHT anda hari nie, belian terus hanya melalui link nie :
** Pembelian secara online melalui link dibawah hanya boleh dilakukan dengan Debit Card Maybank atau Kredit Card sahaja


Belian juga boleh dibuat dengan menghubungi : 
 
Mie Normi (Shaklee Independent Distributor) 
Sms/Call/Whatsapp: 019-4717298 
Email: mimie0586@gmail.com 
FB Page : https://www.facebook.com/Mamalifna


PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DISEDIAKAN DI KAWASAN 
PUTRAJAYA | CYBERJAYA | DENGKIL | KAJANG | BANGI
HUBUNGI SEGERA JIKA ANDA PERLUKAN PERKHIDMATAN CASH ON DELIVERY (COD) 

 
 

Mengapa perlu bayar lebih, Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! banyak kelebihannya, jangan buang masa daftar sekarang


2 ulasan:

AWAS !! JANGAN SAMPAI POTONG KAKI : TESTIMONI PESAKIT DIABETIS AMALKAN VIVIX

Ahad, Mac 29, 2015 Unknown 2 Comments

Entry kali  nie mie nak  kongsi dengan semua testimoni pesakit Diabetis yang amalkan VIVIX Shaklee, bertindak sebelum terlambat, Awas !! Jangan sampai potong kaki. Sedikit Info untuk pesakit Diabetis fakta mengenai GULA.

Ada 2 jenis Diabetis 

1 ~ Organ pancreas tidak mampu menghasilkan Insulin. Pesakit memerlukan insulin untuk mengawal gula dalam darah.

2 ~ Badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi @ sel tidak bertindak dengan insulin sebaiknya 

Sedikit perkongsian keratan akhbar mengenai pesakit diabetis di Malaysia



*jangan biarkan anda dan keluarga tergolongan dalam golongan ini, cegah sebelum terlambat 

TESTIMONI PESAKIT DIABETIS, HANYA AMALKAN VIVIX 
MERAWAT SEBELUM TERLAMBAT 

Hanya amalkan VIVIX secara konsisten, ia dapat membantu pesakit Diabetis mengurangkan paras gula dalam darah. Alhmadulillah mereka BERJAYA keluar dari masalah  diabetis. Jom baca apa kata mereka yang telah mencuba VIVIX......




Peluang untuk anda semua hari nie, daftar keahlian PERCUMA dengan pembelian VIVIX, nak tahu caranya boleh pm/msj/ whatsapp segera ok....


Anda Mungkin Juga Meminati :



Mengapa perlu bayar lebih, Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! banyak kelebihannya, jangan buang masa daftar sekarang





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



Untuk Maklumat Lanjut dan Info Hubungi Segera :: 
Mie Normi (Shaklee Independent Distributor) 
Sms/Call/Whatsapp: 019-4717298 
Email: mimie0586@gmail.com 
FB Page : https://www.facebook.com/Mamalifna


PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DISEDIAKAN DI KAWASAN 
PUTRAJAYA | CYBERJAYA | DENGKIL | KAJANG | BANGI
HUBUNGI SEGERA JIKA ANDA PERLUKAN PERKHIDMATAN CASH ON DELIVERY (COD) 

2 ulasan:

cerita TASKA ANAKKU... ~4thn~

Ahad, Februari 01, 2015 Unknown 1 Comments

Entry hari nie nak cerita pasal taska, pertama kali hantar anak masuk taska, tu pun setelah 3 tahun anak duduk dengan pengasuh. Pengalaman yang paling best pernah rasa, 1minggu sebelum hantar anak, dah prepare dah semua persiapannya,macam nak daftar anak masuk sekolah je, anak ok ja, mama nie yang excited siap bercuti lagi....


Sebelum terlupa, yuran pendaftaran boleh tahan juga la, RM550 juga sekali semua lengkap degan baju sukan sepasang, itu baru daftar taska je....

Hari2 yang ditunggu pun tiba jua, hari pertama hantar anakku si alif, hari nie alif bangun awal sangat, 6.30pagi dh mandi sebab tak sabar nak ke taska... nie la uniform alif pagi nie

alhamdullilah alif senang sangat nak urus dia, walaupun hari pertama ke taska, masa hantar dia tak perlu pun nak tunggu, alif tak menangis pun, senang la urusan cikgu2 dekat taska narizan nie.. opppsss lupa nak bagi tau taska tempat alif masuk nie taska narizan namanya.

nie jadual aktiviti harian dekat taska nie bagi kelas budak 4 tahun, untuk rujukan semua

hari nie dah genap la sebulan alif dekat taska narizan, setakat nie alhamdullilah alif seronok je hari2 nak ke taska, kalau cuti je mesti tanya bila alif nak jumpa kawan2 dengan cikgu nie, alif nak baca ABC dengan Alif Ba Ta dengan kawan2... best katanya


Sebelum ke taska sarapan dulu susu + mealshakes shaklee.... mealshakes sangat sesuai untuk anak2 yang tinggal dekat taska atau tempat asuhan nie, boleh elakkan selsema anak2

setakat nie saja ye entry mie hari nie... selamat malam

1 ulasan:

INFUSED DETOX WATER : Pilihan Ramai Untuk Kurus

Isnin, Januari 12, 2015 Unknown 2 Comments

Assalammualaikum semua... 

Entry kali nie mie tertarik nak bercerita mengenai INFUSED DETOX WATER. Dalam entry kali nie mie nak kebaikan dan cara membuat air detoks nie. Ramai yang kurang gemar minum air kosong walhal air kosong sangat bagus untuk kesihatan tubuh kita. Ramai yang gemar minum air yang berperisa, tetapi yang menjadi pilihan ramai sekarang adalah INFUSED DETOX WATER atau lebih dikenali sebagai Air Detoks, air ini adalah merupakan air kosong dengan rendaman buah-buahan, daun herba atau madu. Air ini menjadi pilihan ramai bagi yang nak kurus. Nak tahu lebih lanjut mengenai air nie, hari nie mie akan kongsi sedikit info mengenai air detoks nie.

ANTARA KEBAIKAN AIR DETOKS
  • Meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman
  • Membantu membuang air dengan lebih kerap dan mengelakkan sembelit
  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien 
  • Meningkatkan fokus
  • Permulaan yang baik untuk kurus 
  • Mengurangkan Risiko barah usus
  • Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah 
  • Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan 

8 JENIS CAMPURAN AIR DETOKS & KHASIAT

1. OREN + LEMON + HALIA 

~ Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.

2. TIMUN + RASPBERI DAN ANGGUR

 ~ Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

3. RHUBARB + EPAL DAN KULIT KAYU MANIS

~ Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

4. STRAWBERI + LIMAU

~ Strawberi penuh dengan anti oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku 

5. NANAS + DAUN PUDINA

~ Nanas merupakan bahan anti radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan 

6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU

~ Ia bagus untuk membakar lemak, pengahadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut

7. STRAWBERI + KIWI

~ Bagus untuk kardiovaskular, pelindungan usus dan kitaran gula dalam darah 

8. TIMUN + LIMAU + LEMON

~ Sesuai bagi mengawal nafsu makan, penghidratan, elak kembung dan kekal kurus 



beberapa contoh air detoks



CARA-CARA MEMBUAT AIR DETOKS

  • Potong bahan-bahan mengikut citarasa 
  • Letakkan potongan tersebut di bahagian jar, kemudian tambahkan ais di atas potongan bahan tersebut 
  • Masukkan air sehingga penuh 1 liter dan tutup
  • Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais

Semoga apa yang mie telah kongsikan dalam entry kali nie dapat membantu menambah ilmu kita semua mengenai air detoks nie, lepas nie boleh la cuba buat air detoks nie ye. Harap ilmu yang diperolehi, dapatlah dimanfaatkan dan dikongsi bersama. 



Anda mungkin juga meminati :



Hubungi saya di talian 019 4717298 (mie), daftar sebagai Ahli sekarang dan nikmati kelebihan dan penjimatan yang sangat berbaloi




Kelebihan Menjadi Pelanggan Mamalifna dan Mendaftar sebagai Ahli 
- anda layak mendapat service perkhidmatan yang terbaik 
- anda layak mendapat Free Konsultasi
- anda akan di masukkan kedalam Group Support telegram/whatsapp
- anda akan dibimbing ke dalam Group Biz dari A to Z
 

2 ulasan: