RESEPI : KUIH CEK MEK MOLEK

Sabtu, Disember 27, 2014 Mie Normi 1 Comments

Hari nie menu minum petang senang saja, encik suami nak makan kuih cek mek molek, kebetulan dekat dapur ada ubi keledek dari kampung, memang terbaik la. Cek mek molek nie senang sangat nak buatnya, meh sini mie nak kongsi sikit resepi 

** Resepi nie daripada Chef Hanieliza

Bahan-bahan :

500gram ubi keledek
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan gula pasir
garam secukup rasa 
Minyak (untuk menggoreng)


Cara membuat :
  1. Rebuskan keledek dengan sedikit garam sehingga empuk 
  2. Buangkan airnya dan lenyek hingga lumat 
  3. Gaulkan dengan tepung gandum
  4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir ke dalamnya
  5. Kemaskan bentuk kuih supaya gula pasir tidak terkeluar 
  6. Goreng menggunakan minyak yang banyak hingga kekuningan 
  7. Angkat kuih dan tuskan minyak 



 bentukkan adunan macam gambar dekat atas nie, isi gula pasir sebagai inti ye
 dah selesai, boleh la goreng sehingga kekuningan sahaja
nie la hasilnya bila dah siap goreng... sedap dimakan panas-panas nie, air kopi panas jadi pilihan petang nie... 

masa untuk siapkan menu nie tak lama pun, 30 minit saja



Nie gambar dari buku Chef Hanieliza, banyak lagi resepi yang menarik dari chef yang boleh di masak untuk kelurga time cuti nie kan





~ Selamat Mencuba, Mudah-Mudahan Menjadi ~


Anda Juga Mungkin Meminati 
  1. Fakta Mengenai Gula
  2. Menu Ibu Berpantang
  3. Info Berguna


Untuk Maklumat Lanjut dan Info boleh Hubungi :: 

Mie Normi (Shaklee Independent Distributor) 
Sms/Call/Whatsapp: 019-4717298 
Email: mimie0586@gmail.com 
FB Page : https://www.facebook.com/Mamalifna



 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK" 

1 ulasan:

  1. ooo..senang jaa nak buat ni....boleh cuba nnti. tq

    www.mummysayf.blogspot.com

    BalasPadam