Keguguran Kandungan & Jenis-jenisnya | Faktor Yang Boleh Meningkatkan Risiko Keguguran | Rawatan yang dilakukan

Sabtu, Disember 27, 2014 Mie Normi 1 Comments

Assalammualaikum semua, tajuk entry hari nie berkait dengan keguguran, selalu sangat kita dengar sekarang nie, bila mengandung anak sulung je ramai yang mengalami keguguran betul tak? dah jadi macam perkara biasa dah bila dengar berita keguguran nie kan. Kalau mummy semua nak tahu, mie sendiri pun gugur juga masa kandungan pertama dulu, masa tu dah 3 bulan mengandung. 


Keguguran Kandungan & Jenis-jenisnya 

Keguguran berlaku apabila ibu mengalami pendarahan sebelum minggu ke-20 kandungan. Semasa keguguran janin atau kandungan didalam rahim gagal untuk terus hidup, keguguran boleh berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakkan kes 80% berlaku sebelum minggu ke-13 manakala 20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya keguguran. Antaranya adalah :
  • Masalah penyakit si Ibu : seperti Kencing Manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid 
  • Masalah Genetik : 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik. Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin. Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab@punca keguguran.

5 Jenis Keguguran Yang Perlu Anda Ketahui 

  1. Keguguran septik (septic miscarriage) - ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Simptom termasuk demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning)
  2. Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage) - bermakna janin telah gugur keluar tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.
  3. Keguguran terancam (Threatened miscarriage) – ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah perut.  Pangkal rahim (servik) masih tertutup, dan saiz rahim sama dengan minggu mengandung.  Di kebanyakkan kes, pendarahan akan berhenti sendiri dan kandungan boleh selamat dilahirkan cukup bulan.  Ada juga kes dimana pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur.
  4. Keguguran lengkap (complete miscarriage) - janin telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang tanpa rawatan. Semasa pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan simptom-simptom mengandung sudah hilang.  Ultra bunyi menunjukkan rahim tidak tertinggal janin.
  5. Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage) - keguguran tidak dapat dielakkan.  Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat. 

8 Faktor Yang Boleh Meningkatkan Risiko Keguguran

  1. Usia ibu : ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda
  2. Merokok : merokok melebihi 10 batang sehari (perokok pasif) boleh meningkatkan risiko 
  3. Pernah Keguguran Sebelumnya : jika keguguran sekali, risiko untuk gugur lagi adalah 20% dan jika pernah 2 kali gugur risiko adalah 30%. Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.
  4. Demam Panas : melebihi 37.8 atau lebih boleh menyebabkan keguguran 
  5. Traumatrauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko.  Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling 
  6. Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran. 
  7. Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran.  Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.
  8. Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.

Rawatan yang dilakukan Yang Perlu Anda Ketahui 

1. Pemerhatian (observation
     ** kebanyakan ibu yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan, baik rawatan perubatan atau pembedahan.  Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13, dan si ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja.  Selalunya janin tersebut akan keluar dari rahim dalam masa seminggu dua.  Ada kalanya mengambil masa 3 hingga 4 minggu selepas itu.  Apabila kandungan itu keluar, doktor selalunya akan membuat ultra bunyi untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal di dalam rahim (incomplete miscarriage).

2. Rawatan perubatan
       ** sesetengah kes, doktor akan memberi ubat pil untuk dimakan atau masukkan ke dalam faraj untuk mengeluar kandungan yang telah keguguran tersebut

3. Rawatan Pembedahan
     ** prosidur ini dinamakan dilatation & curettage (D&C). Doktor akan membuka (dilatation) pangkal rahim (servik) dan membuat curettage(cuci) dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut.  D&C dilakukan jika si ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku. Suatu kaedah lagi yang boleh digunakan adalah “MVA”, iaitu “Manual Vacuum Aspiration” atau kaedah menyedut janin yang agak mudah dilakukan. 

Semoga entry mie kali ini dapat membantu mommies yang masih belum faham berkaitan dengan masalah ini. Banyakkan membaca dan menambah ilmu. diharap semua yang membaca entry ini dapat berkongsi dengan orang lain juga!!! Sharing is caring!!



Anda mungkin juga meminati :




 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK" 


1 ulasan:

  1. Xpernah alami.. tapi perlu tahu... persediaan andai terjadi... tapi minta di jauhkan....

    BalasPadam