HAID TIDAK TERATUR ANTARA PUNCA MIGRAIN?? | Ketahui 4 Simptom Migrain | CADANGAN SET MIGRAIN

Ahad, Disember 28, 2014 Mie Normi 0 Comments


Sebut je pasal migrain nie, selalunya wanita yang ramai, betul tak?? Kalau anda semua nak tahu WANITA mempunyai kecenderungan 75% lebih tinggi untuk menghidap migrain berbanding lelaki, kebiasaannya sebelum haid atau selepas menopous. sakitnya sukar untuk digambarkan, semuanya rasa serba tidak kena. Kepala berdenyut-denyut, ada kalanya muntah-muntah atau paling teruk hampir pitam.



Hari nie mie nak kongsi sikit info berkaitan dengan MIGRAIN nie, sumber nie mie baca dari majalah dara, so boleh la kongsi dalam entry kali nie, jom kita tengok apa simptom migrain nie. Ada 4 simptom migrain yang mie dah senaraikan dekat sini 


Simptom - Simptom MIGRAIN adalah : 

1.  Prodrome - Beberapa hari sebelum migrain menyerang, anda mungkin akan mengalami perubahan kecil. Antaranya adalah : 

  • Sembelit
  • Kemurungan 
  • Ketagihan Makanan 
  • Hiperaktif
  • Mudah marah 
  • Kekakuan leher
  • Menguap secara tidak terkawal 
2.  Aura - Kebanyakkan orang akan mengalami aura yang boleh berlaku seketika, serta-merta, sebelum atau ketika sakit kepala. Tanda-tandanya termasuklah ;
  • Pemikiran mengelirukan atau pengalaman persepsi lampu pelik, lampu berkilauan atau berkelip
  • Rasa mencucuk-cucuk seperti cucukan pin dan jarum di tangan atau kaki
  • Ketegangan di bahu, leher atau anggota badan 
  • Bau yang tidak menyenangkan 
3.  Sakit Kepala - sakit kepala memang sinonim dengan migrain. Ia bukan sahaja melibatkan kepala malah ada kalanya seluruh tubuh dan boleh berlanjutan sehingga 72 jam. Antara tanda-tandanya ialah :
  • Phonophobia atau peka terhadap bunyi
  • Fotofobia atau peka terhadap cahaya
  • Loya atau muntah
  • Hidung tersumbat 
  • Menggigil 
  • Depresi
  • Dehidrasi
  • Kebingungan 
4.  Postdrome - walaupun sakit kepala sudah reda, ada kalanya serangan migrain masih belum tamat. Boleh juga berlakunya postdrome yang menyerang selepas bebas daripada sakit kepala. Walaupun prodrome dan aura dialami tanpa rasa sakit kepala, postdrome masih boleh berlaku. Fasa terakhir dikenali sebagai postdrome yang berlaku selepas serangan migrain. Pada masa ini, pesakit mungkin merasa amat letih. Sesetengah pesakit melaporkan ia umpama berada di awang-awangan. Gejala postdrome antaranhya ialah : 
  • Tahap kecerdasan menurun 
  • Hilang daya fokus dan daya kefahaman berkurang 
  • Letih 
  • Depresi 


Faktor - Faktor MIGRAIN adalah : 
  • Alahan dan tindak balas alergi 
  • Jantina (3-4 kali kerapp dihidapi oleh wanita berbanding lelaki)
  • Pusingan haid yang tidak menentu, pil perancang, pengaliran hormon yang tidak seimbang 
  • Bunyi kuat dan bau yang tertentu seperti minyak wangi 
  • Perubahan cuaca termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu 
  • Tekanan fizikal atau emosi 
  • Perubahan dalam corak tidur atau tidur yang tidak teratur
  • Merokok atau terdedah kepada asap
  • Berpuasa (bagi sesetengah orang)
  • Kandungan gula dalam darah yang rendah kerana lapar atau terlalu banyak karbohidrat ditapis
  • Alkohol 
  • Sakit kepala ketegangan 
  • Makanan yang mengandungi tyramine (keju tua, ikan salai, hati ayam, buah ara, monosodium glutamat (MSG) atau nitrat
  • Makanan lain seperti coklat, kacang, mentega kacang, pisang, limau, bawang, produk tenusu dan makanan yang diperam atau jeruk.

ATASI MIGRAIN DENGAN B-COMPLEX DAN OSTEMATRIK SHAKLEE | BAGAIMANA IA BERFUNSI ?? | GLA MENSTABILKAN KITARAN HAID

Supplement yang dicadangkan untuk meredakan migrain adalah B-Complex dan Ostematrik 



B-Complex ~ Kaya dengan vitamin B2 (riboflavin) dan B6 (pyridoxine) yang dapat mengurangkan sakit akibat migrain. B-Complex juga mencegah depresi dan strok.


Ostematrix ~ mengandungi magnesium yang mencegah kekejangan pembuluh darah yang merupakan salah satu punca migrain. Magnesium juga mengurangkan frekuensi sakit kepala

Anda juga dicadangkan untuk mengambil GLA Complex Shaklee, ini kerana GLA boleh membantu dan mengawal atur kitaran HAID

Khasiat GLA ~ Membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita, menstabilkan hormon di dalam badan, melegakan Pre-Menstrual Syndrome (PMS) dan Membantu dalam menangani dalam proses menopous/ putus haid



Anda Mungkin Juga Meminati :



Mengapa perlu bayar lebih, Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! banyak kelebihannya, jangan buang masa daftar sekarang





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



Untuk Maklumat Lanjut dan Info Hubungi Segera :: 
Mie Normi (Shaklee Independent Distributor) 
Sms/Call/Whatsapp: 019-4717298 
Email: mimie0586@gmail.com 
FB Page : https://www.facebook.com/Mamalifna


PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DISEDIAKAN DI KAWASAN 
PUTRAJAYA | CYBERJAYA | DENGKIL | KAJANG | BANGI
HUBUNGI SEGERA JIKA ANDA PERLUKAN PERKHIDMATAN CASH ON DELIVERY (COD) 



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

0 ulasan: