HAID TIDAK TERATUR ANTARA PUNCA MIGRAIN?? | Ketahui 4 Simptom Migrain | CADANGAN SET MIGRAIN

Ahad, Disember 28, 2014 Unknown 0 Comments


Sebut je pasal migrain nie, selalunya wanita yang ramai, betul tak?? Kalau anda semua nak tahu WANITA mempunyai kecenderungan 75% lebih tinggi untuk menghidap migrain berbanding lelaki, kebiasaannya sebelum haid atau selepas menopous. sakitnya sukar untuk digambarkan, semuanya rasa serba tidak kena. Kepala berdenyut-denyut, ada kalanya muntah-muntah atau paling teruk hampir pitam.



Hari nie mie nak kongsi sikit info berkaitan dengan MIGRAIN nie, sumber nie mie baca dari majalah dara, so boleh la kongsi dalam entry kali nie, jom kita tengok apa simptom migrain nie. Ada 4 simptom migrain yang mie dah senaraikan dekat sini 


Simptom - Simptom MIGRAIN adalah : 

1.  Prodrome - Beberapa hari sebelum migrain menyerang, anda mungkin akan mengalami perubahan kecil. Antaranya adalah : 

  • Sembelit
  • Kemurungan 
  • Ketagihan Makanan 
  • Hiperaktif
  • Mudah marah 
  • Kekakuan leher
  • Menguap secara tidak terkawal 
2.  Aura - Kebanyakkan orang akan mengalami aura yang boleh berlaku seketika, serta-merta, sebelum atau ketika sakit kepala. Tanda-tandanya termasuklah ;
  • Pemikiran mengelirukan atau pengalaman persepsi lampu pelik, lampu berkilauan atau berkelip
  • Rasa mencucuk-cucuk seperti cucukan pin dan jarum di tangan atau kaki
  • Ketegangan di bahu, leher atau anggota badan 
  • Bau yang tidak menyenangkan 
3.  Sakit Kepala - sakit kepala memang sinonim dengan migrain. Ia bukan sahaja melibatkan kepala malah ada kalanya seluruh tubuh dan boleh berlanjutan sehingga 72 jam. Antara tanda-tandanya ialah :
  • Phonophobia atau peka terhadap bunyi
  • Fotofobia atau peka terhadap cahaya
  • Loya atau muntah
  • Hidung tersumbat 
  • Menggigil 
  • Depresi
  • Dehidrasi
  • Kebingungan 
4.  Postdrome - walaupun sakit kepala sudah reda, ada kalanya serangan migrain masih belum tamat. Boleh juga berlakunya postdrome yang menyerang selepas bebas daripada sakit kepala. Walaupun prodrome dan aura dialami tanpa rasa sakit kepala, postdrome masih boleh berlaku. Fasa terakhir dikenali sebagai postdrome yang berlaku selepas serangan migrain. Pada masa ini, pesakit mungkin merasa amat letih. Sesetengah pesakit melaporkan ia umpama berada di awang-awangan. Gejala postdrome antaranhya ialah : 
  • Tahap kecerdasan menurun 
  • Hilang daya fokus dan daya kefahaman berkurang 
  • Letih 
  • Depresi 


Faktor - Faktor MIGRAIN adalah : 
  • Alahan dan tindak balas alergi 
  • Jantina (3-4 kali kerapp dihidapi oleh wanita berbanding lelaki)
  • Pusingan haid yang tidak menentu, pil perancang, pengaliran hormon yang tidak seimbang 
  • Bunyi kuat dan bau yang tertentu seperti minyak wangi 
  • Perubahan cuaca termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu 
  • Tekanan fizikal atau emosi 
  • Perubahan dalam corak tidur atau tidur yang tidak teratur
  • Merokok atau terdedah kepada asap
  • Berpuasa (bagi sesetengah orang)
  • Kandungan gula dalam darah yang rendah kerana lapar atau terlalu banyak karbohidrat ditapis
  • Alkohol 
  • Sakit kepala ketegangan 
  • Makanan yang mengandungi tyramine (keju tua, ikan salai, hati ayam, buah ara, monosodium glutamat (MSG) atau nitrat
  • Makanan lain seperti coklat, kacang, mentega kacang, pisang, limau, bawang, produk tenusu dan makanan yang diperam atau jeruk.

ATASI MIGRAIN DENGAN B-COMPLEX DAN OSTEMATRIK SHAKLEE | BAGAIMANA IA BERFUNSI ?? | GLA MENSTABILKAN KITARAN HAID

Supplement yang dicadangkan untuk meredakan migrain adalah B-Complex dan Ostematrik 



B-Complex ~ Kaya dengan vitamin B2 (riboflavin) dan B6 (pyridoxine) yang dapat mengurangkan sakit akibat migrain. B-Complex juga mencegah depresi dan strok.


Ostematrix ~ mengandungi magnesium yang mencegah kekejangan pembuluh darah yang merupakan salah satu punca migrain. Magnesium juga mengurangkan frekuensi sakit kepala

Anda juga dicadangkan untuk mengambil GLA Complex Shaklee, ini kerana GLA boleh membantu dan mengawal atur kitaran HAID

Khasiat GLA ~ Membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita, menstabilkan hormon di dalam badan, melegakan Pre-Menstrual Syndrome (PMS) dan Membantu dalam menangani dalam proses menopous/ putus haid



Anda Mungkin Juga Meminati :



Mengapa perlu bayar lebih, Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! banyak kelebihannya, jangan buang masa daftar sekarang





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



Untuk Maklumat Lanjut dan Info Hubungi Segera :: 
Mie Normi (Shaklee Independent Distributor) 
Sms/Call/Whatsapp: 019-4717298 
Email: mimie0586@gmail.com 
FB Page : https://www.facebook.com/Mamalifna


PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DISEDIAKAN DI KAWASAN 
PUTRAJAYA | CYBERJAYA | DENGKIL | KAJANG | BANGI
HUBUNGI SEGERA JIKA ANDA PERLUKAN PERKHIDMATAN CASH ON DELIVERY (COD) 



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

0 ulasan:

RESEPI : KUIH CEK MEK MOLEK

Sabtu, Disember 27, 2014 Unknown 1 Comments

Hari nie menu minum petang senang saja, encik suami nak makan kuih cek mek molek, kebetulan dekat dapur ada ubi keledek dari kampung, memang terbaik la. Cek mek molek nie senang sangat nak buatnya, meh sini mie nak kongsi sikit resepi 

** Resepi nie daripada Chef Hanieliza

Bahan-bahan :

500gram ubi keledek
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan gula pasir
garam secukup rasa 
Minyak (untuk menggoreng)


Cara membuat :
  1. Rebuskan keledek dengan sedikit garam sehingga empuk 
  2. Buangkan airnya dan lenyek hingga lumat 
  3. Gaulkan dengan tepung gandum
  4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir ke dalamnya
  5. Kemaskan bentuk kuih supaya gula pasir tidak terkeluar 
  6. Goreng menggunakan minyak yang banyak hingga kekuningan 
  7. Angkat kuih dan tuskan minyak 



 bentukkan adunan macam gambar dekat atas nie, isi gula pasir sebagai inti ye
 dah selesai, boleh la goreng sehingga kekuningan sahaja
nie la hasilnya bila dah siap goreng... sedap dimakan panas-panas nie, air kopi panas jadi pilihan petang nie... 

masa untuk siapkan menu nie tak lama pun, 30 minit saja



Nie gambar dari buku Chef Hanieliza, banyak lagi resepi yang menarik dari chef yang boleh di masak untuk kelurga time cuti nie kan





~ Selamat Mencuba, Mudah-Mudahan Menjadi ~


Anda Juga Mungkin Meminati 
  1. Fakta Mengenai Gula
  2. Menu Ibu Berpantang
  3. Info Berguna


Untuk Maklumat Lanjut dan Info boleh Hubungi :: 

Mie Normi (Shaklee Independent Distributor) 
Sms/Call/Whatsapp: 019-4717298 
Email: mimie0586@gmail.com 
FB Page : https://www.facebook.com/Mamalifna



 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK" 

1 ulasan:

Keguguran Kandungan & Jenis-jenisnya | Faktor Yang Boleh Meningkatkan Risiko Keguguran | Rawatan yang dilakukan

Sabtu, Disember 27, 2014 Unknown 1 Comments

Assalammualaikum semua, tajuk entry hari nie berkait dengan keguguran, selalu sangat kita dengar sekarang nie, bila mengandung anak sulung je ramai yang mengalami keguguran betul tak? dah jadi macam perkara biasa dah bila dengar berita keguguran nie kan. Kalau mummy semua nak tahu, mie sendiri pun gugur juga masa kandungan pertama dulu, masa tu dah 3 bulan mengandung. 


Keguguran Kandungan & Jenis-jenisnya 

Keguguran berlaku apabila ibu mengalami pendarahan sebelum minggu ke-20 kandungan. Semasa keguguran janin atau kandungan didalam rahim gagal untuk terus hidup, keguguran boleh berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakkan kes 80% berlaku sebelum minggu ke-13 manakala 20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya keguguran. Antaranya adalah :
  • Masalah penyakit si Ibu : seperti Kencing Manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid 
  • Masalah Genetik : 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik. Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin. Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab@punca keguguran.

5 Jenis Keguguran Yang Perlu Anda Ketahui 

  1. Keguguran septik (septic miscarriage) - ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Simptom termasuk demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning)
  2. Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage) - bermakna janin telah gugur keluar tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.
  3. Keguguran terancam (Threatened miscarriage) – ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah perut.  Pangkal rahim (servik) masih tertutup, dan saiz rahim sama dengan minggu mengandung.  Di kebanyakkan kes, pendarahan akan berhenti sendiri dan kandungan boleh selamat dilahirkan cukup bulan.  Ada juga kes dimana pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur.
  4. Keguguran lengkap (complete miscarriage) - janin telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang tanpa rawatan. Semasa pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan simptom-simptom mengandung sudah hilang.  Ultra bunyi menunjukkan rahim tidak tertinggal janin.
  5. Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage) - keguguran tidak dapat dielakkan.  Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat. 

8 Faktor Yang Boleh Meningkatkan Risiko Keguguran

  1. Usia ibu : ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda
  2. Merokok : merokok melebihi 10 batang sehari (perokok pasif) boleh meningkatkan risiko 
  3. Pernah Keguguran Sebelumnya : jika keguguran sekali, risiko untuk gugur lagi adalah 20% dan jika pernah 2 kali gugur risiko adalah 30%. Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.
  4. Demam Panas : melebihi 37.8 atau lebih boleh menyebabkan keguguran 
  5. Traumatrauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko.  Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling 
  6. Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran. 
  7. Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran.  Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.
  8. Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.

Rawatan yang dilakukan Yang Perlu Anda Ketahui 

1. Pemerhatian (observation
     ** kebanyakan ibu yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan, baik rawatan perubatan atau pembedahan.  Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13, dan si ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja.  Selalunya janin tersebut akan keluar dari rahim dalam masa seminggu dua.  Ada kalanya mengambil masa 3 hingga 4 minggu selepas itu.  Apabila kandungan itu keluar, doktor selalunya akan membuat ultra bunyi untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal di dalam rahim (incomplete miscarriage).

2. Rawatan perubatan
       ** sesetengah kes, doktor akan memberi ubat pil untuk dimakan atau masukkan ke dalam faraj untuk mengeluar kandungan yang telah keguguran tersebut

3. Rawatan Pembedahan
     ** prosidur ini dinamakan dilatation & curettage (D&C). Doktor akan membuka (dilatation) pangkal rahim (servik) dan membuat curettage(cuci) dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut.  D&C dilakukan jika si ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku. Suatu kaedah lagi yang boleh digunakan adalah “MVA”, iaitu “Manual Vacuum Aspiration” atau kaedah menyedut janin yang agak mudah dilakukan. 

Semoga entry mie kali ini dapat membantu mommies yang masih belum faham berkaitan dengan masalah ini. Banyakkan membaca dan menambah ilmu. diharap semua yang membaca entry ini dapat berkongsi dengan orang lain juga!!! Sharing is caring!!



Anda mungkin juga meminati :




 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK" 


1 ulasan:

TESTIMONI COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Ahad, Disember 14, 2014 Unknown 1 Comments

Salam sayang semua, sebut je pasal collagen semua nak tau ye macam mana fungsi collagen nie, hari nie mie nak kongsi dengan semua apa hasil daripada pengguna collagen nie, manfaat utama collagen nie semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin dan semaki kurang kolagen, ini akan mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, kulit juga akan semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen didalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas diudara, air dan nutrisi, merokok dll. Jadi dengan pengambilan kolagen shaklee nie mampu membantu kulit kita mengekalkan elastrisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.


jom baca testimoni Collagen Powder Shaklee nie. Dah ramai pengguna yang berpuashati dengan hasil yang diperoleh. Jadi jangan lepaskan peluang yang ada nie, bulan nie promosi Collagen Shaklee lagi, Buy 3 Free 1 boleh daftar keahlian terus, harga sangat la berbaloi-baloi  



Lagi testimoni yang berjaya, Shaklee Collagen Powder memang terbaik la.....



  
Hubungi saya di talian 019 4717298 (mie), jika anda ingin mendaftar sebagai Ahli dan nikmati kelebihan dan penjimatan yang sangat berbaloi.



Kelebihan Menjadi Pelanggan Mamalifna dan Mendaftar sebagai Ahli 
- anda layak mendapat service perkhidmatan yang terbaik 
- anda layak mendapat Free Konsultasi
- anda akan di masukkan kedalam Group Support telegram/whatsapp
- anda akan dibimbing ke dalam Group Biz dari A to Z
 



Mengapa perlu bayar lebih, Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! banyak kelebihannya, jangan buang masa daftar sekarang


Untuk Maklumat Lanjut, Info Hubungi :: 


Mie Normi (Shaklee Independent Distributor) 
Sms/Call/Whatsapp: 019-4717298 
Email: mimie0586@gmail.com 
FB Page : https://www.facebook.com/Mamalifna


PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DISEDIAKAN DI KAWASAN 
PUTRAJAYA | CYBERJAYA | DENGKIL | KAJANG | BANGI
HUBUNGI SEGERA JIKA ANDA PERLUKAN PERKHIDMATAN CASH ON DELIVERY (COD) 


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK" 

1 ulasan:

LIGHT AND MOTION PUTRAJAYA

Ahad, Disember 14, 2014 Unknown 0 Comments




Apa aktiviti anda hari nie, bagi yang belum ada perancangan lagi hari nie dijemput ramai-ramai ke Putrajaya. Minggu nie aktiviti yang menarik di Putrajaya adalah Light and Motion Putrajaya. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Memang berbaloi, yang penting masuk PERCUMA. Jom meriahkan lagi majlis


Disini saya sertakan jadual program, semua program bermula 7.30 malam sehingga 12.00 malam. Sempena cuti sekolah ni boleh la bawa anak-anak. Dekat sini juga ada jualan barangan IT, harga sangat berbaloi 



Jangan lepaskan peluang untuk melihat pertunjukkan 'Projection Mapping' di Istana Kehakiman, pertunjukkan yang sangat best. 

Sumber penuh yang boleh dirujuk klik disini 


0 ulasan:

JOM MAKAN BUAH 2014 | JUALAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Ahad, Disember 07, 2014 Unknown 0 Comments

Minggu nie bawa anak-anak jalan makan buah, kebetulan program minggu nie adalah Jom Makan Buah 2014, Jualan buah-buahan tempatan yang diadakan 3 hari, bermula 5-7 Disember 2014


Setiap tahun program seperti nie akan diadakan dan tiap-tiap tahun juga saya dan keluarga akan menjadi pengunjung setia, tapi tahun nie jualan tidak sehebat tahun sebelum nie, tak banyak buah yang ada.... antara buah yang dijual disitu 




Sementara jalan-jalan makan buah kami juga boleh tengok buah yang tak pernah jumpa pun sebelum nie. Boleh la tunjuk dekat anak-anak tambah ilmu pengetahuan.



Luangkan masa bersama anak-anak dihujung minggu, layan anak makan durian, kebetulan anak yang 1st memang peminat tegar durian. Tahun depan boleh la bawa anak-anak datang sini lagi, bagi yang terlepas tahun nie, tahun depan saya akan update awal ye

Bagi peminat orkid, dekat situ juga ada jualan pokok orkid... sekali tengok macam nak beli semua je


Sekian entry untuk malam nie, perkongsian daripada SID Shaklee Putrajaya... Anak-anak adalah Anugerah yang tidak ternilai, sayangilah anak-anak anda, bahagiakan mereka sebaik yang mungkin, luangkan masa bersama selalu, Shaklee Family 




Hubungi saya di talian 019 4717298 (mie), jika anda ingin mendaftar sebagai Ahli dan nikmati kelebihan dan penjimatan yang sangat berbaloi.



Untuk Maklumat Lanjut, Info Hubungi :: 

Mie Normi (Shaklee Independent Distributor) 
Sms/Call/Whatsapp: 019-4717298 
Email: mimie0586@gmail.com 
FB Page : https://www.facebook.com/Mamalifna


PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DISEDIAKAN DI KAWASAN 
PUTRAJAYA | CYBERJAYA | DENGKIL | KAJANG | BANGI
HUBUNGI SEGERA JIKA ANDA PERLUKAN PERKHIDMATAN CASH ON DELIVERY (COD) 

0 ulasan:

CARA NAK DAFTAR & JADI AHLI SHAKLEE DENGAN HARGA HANYA.....

Ahad, Disember 07, 2014 Unknown 0 Comments


Anda semua dah makan produk Shaklee dan Alhamdullilah dah rasa sendiri kelebihan produk dari Shaklee.... 

Selalu beli harga retail dengan SID Shaklee yang sah, tapi tak tau macam mana nak daftar sebagai AHLI, harga ahli jauh lebih murah sebenarnya dan sangat berbaloi bagi pengguna tegar produk nie untuk mendaftar

Atau....  

Anda nak daftar sebagai AHLI dan JANA PENDAPATAN bersama Shaklee dalam masa yang sama anda juga dapat membantu orang yang memerlukan Shaklee



Dalam entry kali nie saya nak kongsikan dengan anda : 


  1. Bagaimana mendaftar sebagai AHLI dan YURAN KEAHLIAN
  2. KELEBIHAN mendaftar sebagai AHLI dan menjana PENDAPATAN sampingan 
  3. Soalan-soalan yang popular yang selalu orang tanya sebelum mendaftar sebagai AHLI

BAGAIMANA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI dan YURAN KEAHLIAN

Bagi sesiapa yang berhasrat untuk menjadi ahli shaklee, mudah saja dengan hanya mengisi BORANG KEAHLIAN disini pendaftaran secara ONLINE sahaja, dan yuran keahlian hanya RM65 sahaja (seumur hidup) dan RM10 untuk tujuan pengeposan Member Kit keahlian. 

Info ** Untuk makluman Yuran Keahlian pihak SHAKLEE MALAYSIA yang tentukan, bukan saya yang tentukan harga

FREE MEMBER ** bagi yang ingin mendapatkan keahlian secara percuma anda haruslah membuat pembelian produk shaklee 200uv keatas ( pembelian bernilai RM650++)

** jika ingin mendaftar, anda boleh membuat pembayaran melalui acc di atas 
(sms/whatsapp/telegram/pm untuk mendapatkan no acc)


Kelebihan yang anda akan terima setelah menjadi ahli adalah :-

Untuk kegunaan sendiri ~
  • Dapat menikmati pembelian dengan harga ahli, jauh lebih murah dari harga pasaran
  • Dapat menikmati bonus tunai pada bulan berikutnya jika pembelian melebihi 150uv
  • Keahlian seumur hidup, tidak perlu kekalkan uv tertentu untuk kekal menjadi ahli 
Untuk berniaga ~
  • Dapat keuntungan runcit bagi setiap produk yang dijual
  • Ganjaran 3C (CASH, CAR dan CONVENTION) dari Shaklee
  • CASH : Bonus setiap bulan, untuk jualan 150 uv keatas *
  • CAR : Insentif subsidi untuk pembelian kereta setiap bulan *
  • CONVENTION : Peluang umrah/percutian, ditaja sepenuhnya *
* bagi yang layak sahaja.... 


Kelebihan Menjadi Pengedar SHAKLEE bersama KAMI dan MENJANA PENDAPATAN 
  • bimbingan & latihan 100% secara online (tidak perlu keluar malam, meninggalkan keluarga dan buang masa)
  • Tidak mengamalkan penyimpanan stok yang memerlukan modal yang besar 
  • Bimbingan daripada mentor yang berpengalaman dan telah berjaya 
  • Menjadi ahli group rahsia dan dapatkan pelbagai tips bagi menjayakan perniagaan nie
  • Pendapatan yang TIDAK TERHAD, (4,5,6 angka). Anda yang tentukan sendiri, jika anda rajin/ kuat berusaha anda yang akan dapat merasa hasilnya.



SOALAN-SOALAN YANG POPULAR YANG ORANG SELALU TANYA SEBELUM MENDAFTAR SEBAGAI AHLI 

Anda berminat untuk mendaftar sebagai ahli, tapi ada beberapa soalan yang anda ingin tanya sebelum mendaftar, jadi disini saya senaraikan 5 soalan yang paling kerap ditanya kepada saya sebelum mereka mendaftar sebagai ahli :-


SOALAN : RM65 sahaja nak jadi Ahli Shaklee!! Keahlian Seumur Hidup ke?

jawapan : Ye dengan RM65 sahaja anda sah menjadi ahli dan keahlian adalah seumur hidup

SOALAN : Berapa lama proses nak jadi ahli nie?

jawapan : InsyaAllah saya akan daftarkan ada dalam masa 24 jam selepas bayaran telah dibuat. Inform saya dengan kadar segera dan saya akan membuat pendaftaran. Semua urusan pendaftaran ahli baru Shaklee boleh dibuat secara online pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

SOALAN : Dah jadi Ahli macam mana saya nak buat pembelian 

jawapan : Pembelian secara ONLINE sahaja, tak perlu keluar rumah pun, 2 3 hari proses barang sampai depan rumah. sangat mudah dan menjimatkan masa

SOALAN : Kalau nak makan sendiri je tak nak buat busines boleh jadi ahli ke?

jawapan : Boleh. Shaklee tak paksa semua ahli buat business tapi kalau dah mendaftar buat busines pun bagus boleh dapat side income

SOALAN : Kalau nak buat business macam mana? saya malu, tak reti dan tak pandai cakap nak jual barang 

jawapan :  Berminat nak buat business dengan Shaklee, tahniah kerana membuat pilihan yang tepat dan bijak. Jangan risau, jika anda mendaftar sebagai ahli dibawah saya, saya akan bimbing dari A hingga Z, bimbingan hanyalah secara online sahaja, tak perlu keluar rumah untuk menuntut ilmu. Business Shaklee nie 100% secara online



Terima kasih kerana sudi membaca entry saya kali nie, saya nantikan anda sebahagian daripada keluarga shaklee saya. Mampukah anda memiliki kesemua impian tersebut dengan pendapatan sekarang? Mampukah anda terus bertahan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat?.... Jangan tunggu lagi! Capailah semua impian Anda sekarang!



Hubungi saya di talian 019 4717298 (mie), daftar sebagai Ahli sekarang dan nikmati kelebihan dan penjimatan yang sangat berbaloi




Kelebihan Menjadi Pelanggan Mamalifna dan Mendaftar sebagai Ahli 
- anda layak mendapat service perkhidmatan yang terbaik 
- anda layak mendapat Free Konsultasi
- anda akan di masukkan kedalam Group Support telegram/whatsapp
- anda akan dibimbing ke dalam Group Biz dari A to Z
 




Mengapa perlu bayar lebih, Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! banyak kelebihannya, jangan buang masa daftar sekarang


Tambah Pendapatan bersama SHAKLEE


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


Untuk Maklumat Lanjut, Info Hubungi :: 

Mie Normi (Shaklee Independent Distributor) 
Sms/Call/Whatsapp: 019-4717298 
Email: mimie0586@gmail.com 
FB Page : https://www.facebook.com/Mamalifna


PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DISEDIAKAN DI KAWASAN 
PUTRAJAYA | CYBERJAYA | DENGKIL | KAJANG | BANGI
HUBUNGI SEGERA JIKA ANDA PERLUKAN PERKHIDMATAN CASH ON DELIVERY (COD)




0 ulasan: