INFO BERGUNA | FAKTA MENGENAI GULA | SID SHAKLEE

Jumaat, November 28, 2014 Mie Normi 0 Comments


Hari nie, mie nak kongsi info yang berguna mengenai gula dengan semua pembaca blog mamalifna. Setiap hari kita semua menggunakan gula sebagai pelengkap makanan harian kita, betul tak? jadi apa yang kita tahu mengenai gula? mai sini mie nak kongsi sikit info berkaitan dengan gula nie, semoga bermanfaat untuk semua ye.

Apakah Gula?
  • Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
  • Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
  • Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.
  • Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
  • Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .
Apakah saranan pengambilan gula tambahan?
  • WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
  • Gula tambahan yang dimaksudkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.
Apakah corak pengambilan gula di Malaysia?
  • Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g.
Apakah corak pengeluaran gula di Malaysia?
  • Data daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menunjukkan bahawa pengedaran gula di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pengedaran gula domestik telah meningkat daripada 651,973.12 metrik tan pada tahun 2004 kepada 806,381.88 metrik tan pada tahun 2009. Sementara pengedaran gula industri pula telah meningkat daripada 306,895.34 metrik tan pada tahun 2004 kepada 474,801.16 metrik tan pada tahun 2009. Data ini menunjukkan bahawa pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini mungkin disebabkan oleh harga gula yang murah.
Apakah kesan pengambilan gula secara berlebihan?
  • Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
  • Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
  • Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan mankala 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
  • Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
  • Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
  • Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
Kesan kepada kesihatan individu:
  • 1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari.
  • Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam.
  • Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari (iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali sehari), beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.
Kesan ekonomi kepada pengendali makanan
  • Berat 1 sudu teh gula adalah 5 gram. Oleh itu, 1 kilogram gula adalah bersamaan dengan 200 sudu teh gula.
  • Harga satu kilogram gula adalah RM1.65. Oleh itu, harga bagi 1 sudu teh gula adalah 0.8 sen atau 1 sen.
  • Sekiranya seorang pengendali makanan yang biasa menyediakan minuman menggunakan gula tambahan sebanyak 4 sudu teh bagi setiap cawan mengurangkannya kepada 1 sudu teh, beliau dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak 3 sen bagi setiap cawan minuman yang disediakan. Sekiranya beliau menyediakan minuman bergula kepada 500 orang pelanggan satu hari, beliau boleh menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM15 (3 sen x 500 cawan) sehari, atau RM450 (RM15 x 30 hari) sebulan, dan RM5,400 (RM450 x 12 bulan) setahun!
7 Langkah bijak mengurangkan gula
  • Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
  • Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  • Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  • Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
  • Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.
  • Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
  • Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".
Rujukan
  • Panduan Diet Malaysia 1999. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Recommended Nutrient Intake, 2005. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia.
  • Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005.
  • National Healthy Morbidity Survey III, 2006. Ministry of Health Malaysia.
  • Malaysian Adult Nutrition Survey, 2002/2003. Ministry of Health Malaysia.
  • Food Balance Sheet, FAO 2008.
  • Panduan Diet Malaysia, 2010. Kumpulan Kerja Teknikal Panduan Diet Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia.
** Semoga info yang telah dikongsi untuk makluman bersama ini dapatlah mengurangkan pesakit Kencing Manis di Malaysia. Mencegah lebih baik mengubati, sebagai pengguna yang bijak, anda juga boleh menggunakan produk Shaklee sebagai makanan tambahan kepada tubuh badan  kita.

Ingin mencuba produk shaklee, Anda boleh hubungi saya di talian 019 4717298 (mie), daftar sebagai Ahli sekarang dan nikmati kelebihan dan penjimatan yang sangat berbaloi.


Kelebihan Menjadi Pelanggan Mamalifna dan Mendaftar sebagai Ahli 
- anda layak mendapat service perkhidmatan yang terbaik 
- anda layak mendapat Free Konsultasi
- anda akan di masukkan kedalam Group Support telegram/whatsapp
- anda akan dibimbing ke dalam Group Biz dari A to Z
 




Mengapa perlu bayar lebih, Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! banyak kelebihannya, jangan buang masa daftar sekarang


Tambah Pendapatan bersama SHAKLEE

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


Untuk Maklumat Lanjut, Info Hubungi :: 

Mie Normi (Shaklee Independent Distributor) 
Sms/Call/Whatsapp: 019-4717298 
Email: mimie0586@gmail.com 
FB Page : https://www.facebook.com/Mamalifna


PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DISEDIAKAN DI KAWASAN 
PUTRAJAYA | CYBERJAYA | DENGKIL | KAJANG | BANGI
HUBUNGI SEGERA JIKA ANDA PERLUKAN PERKHIDMATAN CASH ON DELIVERY (COD)



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

0 ulasan: