TIPS TAMBAHKAN SUSU BADAN

Sabtu, Mei 17, 2014 Mie Normi 1 Comments



Salam sayang semua mummy2 dan blog reader mamalifna sekalian, hari nie saya nak berkongsi cm mana nak tambah susu badan. Selalu sangat dengar cerita mummy2 dkt luar sana yang ada masalah nak tambah susu badan. Just nak syer apa yang saya buat semasa dalam tempoh menyusu anak2.




Tips pertama KERAP MENYUSU



PENTING ye, Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu. Tapi mcm mana plak klu ibu yang bekerja, tak susah sebenarnya ibu yg bekerja boleh membuat sesi mengepam semasa bekerja, jadual mengepam yang teratur mampu untuk meningkatkan jumlah susu.



Jadi ibu-ibu semua jangan komplen ye bila baby sekejap-sekejap nak menyusu. Kerana ianya sangat bagus utk meningkatkan penghasilan susu. Konsep susu ibu ini based on "demand and supply". Kalau baby nak menyusu, bagi saja....=)

** Penghasilan susu umpama kilang,  jika banyak permintaan maka banyaklah pengeluaran

 Mummy2 semua boleh guna jadual nie sebagai panduan memantau pengeluaran susu badan



Tips Kedua AMALAN TRADISI


Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.



Tips ketiga MAKANAN HERBA


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.


Tips keempat MINUM AIR ikut keperluan


Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu. Jus oren juga dapat mempercepatkan sembuhan luka semasa bersalin




Tips kelima POSISI MENYUSU yang betul



Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan. Jika teknik penyusuan tidak betul, bayi anda tidak akan selesa dan susu juga tidak akan keluar, ini akan menyebabkan bayi anda tidak lagi mahu menyusu.



 credit to


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



Untuk Maklumat Lanjut, Info Hubungi :: 
Mie Normi (Shaklee Independent Distributor) 
Sms/Call/Whatsapp: 019-4717298 
Email: mimie0586@gmail.com 
FB Page : https://www.facebook.com/Mamalifna

1 ulasan:

  1. nak bersalin anak ke.3 nie perlu amalkan tips nie lagi....semoga istiqamah

    BalasPadam